hit counter

skodeng
Silakan masuk.

Yeah, inilah aku. Sedikit coretan dari lubuk hati ini.

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Buddies. Show all posts
Showing posts with label Buddies. Show all posts

Tuesday, December 14, 2010

♥ Bestfriends are love

Tiba-tiba terpanggil (cewahh terpanggil macam lah ada pengarah penerbit blog) untuk menaip tentang kawan bagus a.k.a bestfriend. Bestfriend ni ibarat kembar yang selalu ada dikala kita memerlukan. Bukan lah kalau aku nak tisu kau kena tercongok depan aku sambil hulurkan tisu siap berlutut bagai, tak ah... Cukup sekadar teman on the phone share segala suka dan duka. Ya, itu pun dah cukup. Tak perlu bersusah payah tolong beli McValue lunch setiap kali nak makan tengahari (it's okay kalau nak bagi jugak sebab tak baik kan kalau kita tolak rezeki) tak perlu yeeeee.... Suatu keikhlasan hati bukan ada pada hadiah dan ayat-ayat manis, lagipun keikhlasan tu wujud bila kita tak menunjuk-nunjuk. Ehh mentang-mentang suka McD everyday tolong belikan Mcd (eh bukan beli McD, beli dekat Mcd) then hantar dekat rumah, ohhhh so niceeeeee! Blueks.


Aku tak ramai kawan sebab memang jenis aku kot susah nak adapt dengan persekitaran baru dan manusia baru. Susah sangat-sangat. Bak kata Eyna "Kalau lawa tak sombong takpe, ni sombong nak mampus kot.." Eleh, saje lah tu nak cakap kawan dia kata dia lawa :P Sebab tu lah kawan aku hanya 2 3 orang je (yang setia je, yang tak setia takde maknanya nak mengaku kawan).


Aku sayang sangat-sangat kot semua bestfriend aku. Tapi, aku rasa dah kehilangan seorang kawan baik aku. Entah, pada zahirnya takde nampak hilang pun sebab dia ada je tu haa dalam facebook aku. Tapi dalam hati terasa jauh.... Jauhhhh..... Sampai nak jenguk dua tiga kali mata berkelip pun susah. Jauh kan?


Segala-galanya berubah bila dia dah dapat kawan baru. Yeah, kawan yang sentiasa ada dengan dia kot. Yang boleh bagi dia kesenangan dan kekenyangan. Oh it's sad, so sad. Its a sad situation. Haaa kan dah keluar lagu Elton John untuk gambarkan betapa terlukanya aku. Dia cakap aku je yang dengki walhal dia tak berubah apa-apa pun. Hotakkkk kau eh! Boleh pulak cakap macam gitu. Sampai beradik berkakak tu konon aku je ah yang perasan? Tak buta lagi kot.


Hmmm... Rasanya dah berapa kali discuss dengan dia pasal ini, tapi aku rase more terrible kot. Yelah, baru kenal setahun dah agung-agungkan dan puja-puja, lovely lah, kesayangan lah. Hell ohhhhh bukan aku sorang je yang terasa, ramai ok. Cuma orang lain tak nak kecoh-kecoh sebab dah terlampau terluka untuk diceritakan. Takpe, aku memang suka cakap je depan-depan sebab kalau aku simpan dalam hati akan terbit satu perasaan dendam.


Untuk dia yang terlibat
: We love you. Mungkin lebih kuat rasa sayang dan cinta kami berbanding dia sebab kalau tak sayang sangat aku dah sampai tahap boleh tanam kau hidup-hidup kot. Hargailah cinta dan kasih sayang kami sebelum terhakis sedikit demi sedikit.


Ok. Cukup lah kot sorang kawan aku yang berpaling tadah. Atas sebab bisikan-bisikan durjana syaitan bertopengkan monyet, maka kami kini rengang selama-lamanya. Dan aku tak nak pisang berbuah dua kali, Eyna.



Abaikan tahap kehangusan kulit aku. Its normal bila kerja sebagai despatch chocolate walaupun deliver menggunakan kerete, tapi matahari mengatasi segala-galanya. Love this moment ♥


Wednesday, July 7, 2010

♥ TerRINDU lah pulak!

Hmmm... Tak tahu kenapa tiba-tiba terdetik rasa rindu dekat bekas classmate-classmate aku dulu. Tak kira lah dari sekolah mana, memang rindu. Ke rindu zaman persekolahan?? Nooooooo!
Tak, aku tak rindu langsung sekolah, aku rindu classmate jer, HAhah. Classmate pun bukan semua, yang terpilih jer T_T Kau memang dari dulu kejam Lya!


Aisehlady! Malu lah pulak termengaku rindu. Yang dulu kawan sekarang dah jadi musuh pun rindu. Actually bukan musuh lah, cuma dah tak bertegur-sapa. Ke sama jer maknanya dengan musuh? Tak kira lah dia nak classify kan macam mana, tapi aku tak anggap musuh cuma kurang rapat atau annoying, eh tak.... Gurau jer!


Rindu classmate sekolah rendah pun ada, especially Nurul Aqidah also known as KID. Kid, aku rindu kau sangat-sangat. Terlost contact dengan Kid, kalau aku main fesbuk sekarang tentu aku dapat upline balik dengan kawan-kawan lama aku. Ruginya aku, semua kawan-kawan aku dah start buat muka annoying seolah-olah mengejek aku "Wuuu wuuuu kau kuno! Takde fesbuk macam zaman batu!" Ohh dammit! Macam lah aku nak pesalah facebook sampai user flag, adoii... Rindu - Sarah omg! Sarah.... Rindu kau gile babis, haiihh skuter biru mengulit kenangan kan? Adda? Tina? Kakak? Alah.. Kakak tu takpe lah sepupu aku, bila-bila masa boleh jumpa :)


Lagi? Ada.... Ramai lagi - Rindu BFF aku, Fizah, Miera dan Ena. Ya Allah, tenangkan lah hati aku ni :( Piteq, Miera Wahab, Farah, Fatanah, walaupun aku kejam aku tak pernah lupa korang kot. Yang pasti kalau aku main fesbuk aku takde lah ketinggalan zaman camni. Menci! Dia SMS dengan siapa-siapa takpe pulak. ISk. ISk.


I MISS U, LADIES!

Miera Ali.Fizah.Ena.Fatanah.Kid.Sarah.Adda.Tina.Kakak.Eka.Piteq.Miera wahab.Ema.Nuyu.Ana.Vda.Kak Syamsiah.Farah.Tyra.Eirah.Misbah.Minhah.Phat.Pohda.Yuni.Nadz.Hana.Dayah.Wahida.Sue.




DariHati : Kalau dia baca entri ni tolong lah mengerti perasaan aku. Aku rindu. Rindu kawan-kawan aku yang dah tak berapa nak kawan sebab dorang kata aku sombong, padahal bukan aku sombong cuma aku takde mende alah tu so tak boleh nak contact dengan dorang. Serius, aku rindu T_T

Monday, May 24, 2010

♥ With Love : Syazwina Sabila

Lerzz... Aku jenguk blog ena selalu jek touching. Gilaa menyentuh perasaan bila bace banyak entri pasal aku, siap dengan gambar aku yang bapak gedabakkk besar punya! Malu i, ceshhh! Takde la, aku cuma nak cakap aku suka, terharu dan hargai sangat-sangat sebab Ena masih ingat kat aku yang buruk nih. Tapi takpe, nanti aku buat entri lain dan letak gambar Ena banyak-banyak untuk balas dendam, (nak balas dendam sebab Ena letak gambar aku yang buruk buruk) teeheeee. Gurau okay.




Okay, to be continued tonite. Byee!

♥ Gelagat budak jakun tak pernah jumpa air

Saja nak suruh Fyzah marah dengan tajuk entri sebab dia tahu memang aku maksudkan dia lah, aku tak! Hahah Aku tak plan betul-betul pun nak pergi mandi manda nih, semua on the spot. Bangun pagi rambut serabai tengok phone ada orang tanya nak pergi sekayu tak, terus bye bye katil bantal busuk semua pastu pergi mandi dan makan. Makan mestiiiii !


Aku terfikir, nak ajak siapa lagi sebab tak kan lah nak pergi berdua je? Ceshh, dah ingat Fyzah tengah cuti terus paksa dia ikut sama, tak ikut tak nak kawan! Bhahaha :P Call Ena pulak mana tahu dia nak ikut, Ena ada kat Dungun hampeh. Jadi, ke sekayu lah kami berempat.



Muka budak jakun nombor satu tak pernah jumpa air, padahal study nursing memang dah familiar dengan cecair ?! BHahaha :P




Budak jakun nombor satu dengan budak jakun nombor dua buat aksi bajet comel control ayu tengah-tengah mandi. Air dah lah sejuk gila, sampai ke tulang hitam wacakapluuuu...




Nih kerja siapa capture gambar budak jakun nombor satu nih je?!




Ceshh, masa mula-mula jemput dia kat rumah mati-mati dia cakap tak nak mandi, tak bawak bekalan baju mandi pun, tapi bila dah sampai terus ajak aku terjun. Nasib baik aku bawak baju spare in case kalau baju kotor ke ape ke boleh tukar.





Tapi yang tak syok nya mandi sekejap sangat. Sampai situ dah pukul 5 lebih, mandi-mandi satu jam je terus berangkat pulang ke pangkuan keluarga (Fyzah je balik ke pangkuan keluarga, aku sempat isi tangki perut aku dulu dan sempat pusing-pusing dalam funfair but at the end of story, gaduh, terus pulang ke pangkuan keluarga jugak.)




Ok, lunch time. Bye!




Eh Eh jap! Apsal gambar aku sekeping je?! Siap kau.




Thursday, April 8, 2010

♥ I heart them :')

Model-model di atas. Dari kiri ; Ema, Tyra, Erah


Love is sharing. Eh yeke? Hmm.. What if 'love is sharing' tu memang betul. Maknanya memang tak de sape lah yang sayang/cinta/kasih kat aku? Omg! Atau mungkin salah aku yang memendam perasaan. Salah aku ke yang tak hingin share problema? Ah malas ah layan, what-so-ever!


Tapi, lately ni aku asyik teringatkan sahabat-sahabat aku dulu, terlalu rindu kepada mereka. Memang, aku dah ter'lost contact dah dengan diaorang. Cuma ada 2 3 orang je yang stills keep in touch and yes, that's my very close friends sahaja. Maknanya kawan yang setakat cakap sayang aku tu tapi tak contact langsung, hanya kawan biasa-biasa SAHAJA. Kalau setakat call me untuk cerita pasal BF debab tu merajuk ke apa ke aku rasa tak payah la, aku tak hingin pun nak ambik tahu.


Aku amat-amat menghargai persahabatan yang jujur. Sangat-sangat-sangat menghargai sebab aku rasa tak ramai lagi kawan di dunia ni yang boleh berkawan dengan jujur dan ikhlas. Thank you sangat eh. Kau memang sahabat dunia akhirat, bagi aku lah.


Tadi aku tertengok gambar-gambar vain yang lama dalam collection aku. Yeahh, gambar 'sahabat-sahabat' ku yang disayangi. That's why aku sekarang tengah merindu. Tapi, best jugak tengok gambar-gambar lama. Time sekolah dulu lah, form 4 maybee... And muka aku, ya allah, nampak sangat childish. Bhaha:D


See... See... Nak tergelak tengok muka aku. Aku bersama Missbah semasa jamuan raya lah kot sebab pakai baju kurung pergi sekolah? Yes, black is my passion and i love black :)




Dan tak pernah aku lupa, aku teramat rindu dia nih. Rindu gila babis. Memang aku sentiasa akan merindu dia tiap-tiap saat. Hargai sangat sebab sudi kawan ngan budak gila ni :) i ♥ you sangat.

Saturday, April 3, 2010

♥ Blog Eirah best !

Tajuk entri macam nak promote blog Erah je. Aku tak tahu la sebab apa bila aku online je aku mesti jenguk blog Erah, seronok gila bagi hamster Erah makan. Lepas dah makan banyak-banyak hamster tu minum susu pula. Haha. Comel gila siott !


Tapi hari ni lepas baca entri dalam blog Erah, tiba-tiba je aku rasa rindu kat Erah. Aku rasa macam Erah tengah bersedih/upset. Speechless. Setahu aku, Erah bukan jenis sedih-sedih ni. Aku nak tanya tapi macam menyibuk pulak aku rasa.


Takpe lah, aku tahu Erah kuat. Chill lah Erah, miss you weh :)



** Sedikit upset bila tengok senarai rindu Erah tak ada my name :'(

Sunday, January 31, 2010

♥ we all starving

Haa... Disebabkan kes ini lah terjadi kes ke-dua tadi. Waktu ini boleh dikatakan aku lupa terus problema aku. Aku lepas tension dengan makanan. Yes, dah lama aku tak makan banyak sebegini. Ini tension punya pasal okay. Thanks to Fizah sebab sanggup jadi pendengar setia aku. Haha.

Okay, pencuci mulut kami jadi pembuka selera kami sebab yang ini sampai dulu.
Aku punya ice-cream vanilla sahaja, Fizah dapat triple flavour ice-cream siap ada jelly lagi. Dengki!




Tengok, berlagak betul dapat Triple ice-cream dia. Mentang-mentang
ice-cream aku sikit sahaja.




Haa, desert sudah habis baru pizza kami sampai? Pizza itu pun pencuci mulut.
Fizah dapat pasta seafood. Aku macam biasa spaghetti meatball aku la.




Lepas setengah jam makan. Eh, tak luak langsung pun pasta
hang Fizah? Aku pun sama. Sudah fulltank okay, tak larat nak habiskan.
So, pizza kami tapau sahaja.



Kesimpulannya, kami hanya makan

Spaghetti Meatball
Pasta Seafood *siap ada oyster
Ice-cream Vanilla
Ice-cream Triple * Vanilla, Chocolate, Strawberry plus jelly
Pizza Super Supreme
Mushroom soup
Garlic Bread
Air Pepsi


DONE!





Wednesday, July 8, 2009

rindu mereka


hehe. gambar nih disnap waktu kami gi pantai tok jembal.
sajee je nk spend time together sbb sume nk g study dh. tinggal
aku ngan ena jek sini. tu pun ena duk hostel, aku jela yg bebasssss agi,
haha:D
kami pun gi la makan² keropok, fish ball, macam² laaa.. ( kami kan
kuat makan. especially erah! haha) gura je weh. aku paling byk makan. bia la nk gemok ke ape ke, janji kenyang dan happy.
btw, kami bergumbira sepenuhnya dat day. skrg erah dah selamat sampai di sabak bernam, yh plk kat kuantan. ena kat sklh sif tu je.
hehe. dan aku? masih setia menanti di sini. hmm.. alone? yeah, alone.