hit counter

skodeng
Silakan masuk.

Yeah, inilah aku. Sedikit coretan dari lubuk hati ini.

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label CintaHati. Show all posts
Showing posts with label CintaHati. Show all posts

Wednesday, July 21, 2010

♥ Apa itu CINTA ?



Sekadar gambar hiasan.


Dulu aku memang suka baca buku. Tapi bukan buku teks sekolah, cuma suka buku majalah, komik, dan sebagainya. teehee... Mengaku pun diri sendiri pemalas. Majalah yang selalu emak aku beli dulu salah satu nya MASTIKA. Tak, bukan emak aku yang suka mistik-mistik tapi aku yang suka. Hehe.. Mastika memang banyak lah kat rumah aku dulu. Aku pulak memang suka baca berulang-ulang kali. Empat lima enam kali baca pun tak puas tak jemu. Tu dulu lah... Sekarang dah bertambah-tambah tahap kemalasan aku ni. Anak sapaaaaaa lah ni, teheeee




Dalam Mastika banyak ruangan-ruangan yang bertopikkan kesedaran. Macam-macam lah. Insaf apabila derhaka dengan emak lah, sayu bila tengok kasih-sayang antara binatang lah, macam-macam lah. Tapi yang paling aku ingat cerita kisah sepasang kekasih.... Aisehh.. Belom start cerita dah sayu T_T



Alkisahnya di sebuah perkampungan, terdapat seorang gadis buta. Disebabkan kekurangannya itu, kesemua penduduk kampung membencinya, kecuali kekasih hati si gadis buta itu. Berkali-kali si gadis buta dilamar oleh kekasihnya, tetapi si gadis buta itu memberikan alasan yang sama "Saya akan berkahwin dengan awak hanya jika saya dapat melihat."

Lalu pada suatu hari, si gadis telah didermakan sepasang mata untuk melihat. Si gadis berasa sangat gembira dan ingin segera bertemu kekasihnya. Tetapi, si gadis terkejut apabila mendapat tahu kekasihnya itu juga buta. Maka, kekasihnya berkata " Sudikah awak mengahwini saya sekarang?" Si gadis sangat terkejut dan segera menolak lamaran kekasihnya. Kekasihnya senyum lalu mengorak langkah untuk pergi sambil berkata "TOLONG JAGA MATA SAYA BAIK-BAIK, TERIMA KASIH."







Kesimpulannya?

Hanya orang yang faham makna apa itu cinta akan menghargai cinta ♥

Wednesday, June 16, 2010

♥ Jangan menangis sayang...

Oldschool sekali sekala. By the way, aku suka gila lagu ni. Suka gila-gila. Gila-gila suka. Gila suka gila. Kau memang gila. Jangan menangis sayang, ku seperti dulu.... Macam ada chemistry. This is for you Abdul Khadir Jailani. I ♥ YOU forever.






Sampainya hati mu
Buatku tertunggu-tunggu
Kemana kau sayang
Tidur malam tak menentu
Rindu merindu selama ini
Ku takut kan menjadi kenangan

Aku menangis sayang
Bila kau tiada
Tak sanggup rasanya aku
Berjauhan dari mu
Resah hati ku

Jangan menangis sayang
Ku seperti dulu
Rindu ku hanya padamu
Cinta ku hanya untukmu
Buat selamanya

Kalau padi kata padi
Tidak aku tertampi-tampi
Kalau benci kata benci
Tidak aku nanti terus menanti

Berjanjilah kau sayang
Hanya aku di hati mu
Aku dah berjanji hanya kau di hati



Tuesday, June 8, 2010

♥ Lagenda Budak Setan



Teringin sangat nak tengok cerita ni. Trailer dia macam best je, sinopsis dia macam best je, poster dia macam best je, pelakon dia lagi lah macam best. Rasanya tak rugi kot kalau tengok sebab cerita ni diadaptasikan dari sebuah novel. Kisah cinta. Super duper ♥






Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.

Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma.

Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.

Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampas an dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa – apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga milia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihakn ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak








Siapa-siapa yang dah tengok cerita ni sila lah respon entri ni. Kesian kat I yang tak tengok lagi nih. Sobs.








BIRTHDAYGIRL : HAPPY 20th BIRTHDAY KIKIH ♥



Monday, June 7, 2010

♥ Nilai kemanusiaan.

Haiwan pun tak sekejam tuh...


Entah, sehari dua ni mesti setiap masa ternanti-nantikan berita dari saudara-saudara aktivis kita. Mesti selalu nak check Berita Harian Online sebab nak tahu perkembangan diorang. Teringin nak tahu keadaan diorang macam mana, selamat ke tidak..

12 sukarelawan aktivis Mavi Marmara dah selamat pulang ke Malaysia. Bersyukur dan berharap misi keamanan seperti ini dapat diteruskan lagi. Berita selanjutnya disini.

Berita terbaru, Israel bebas 7 aktivis Rachel Corrie ke Jordan. Enam rakyat Malaysia dan seorang warga Cuba daripada bot terbabit dihantar ke Jordan petang semalam dan meninggalkan Israel melalui jambatan Allenby. Sumber disini.


Tolong sama-sama doakan keselamatan aktivis keamanan supaya dapat menyalurkan bantuan untuk Gaza. Hapuskan ZIONIS. Tolong kami, Ya Allah...




MOOD : Layan lagu Shahir " Seperti cinta kita yang jelas ternyata semakin lama oh semakin rekah, menimbulkan tanya apa mungkin kita temu kebahgiaan dalam perpisahan... " ♥

Tuesday, April 6, 2010

♥ Beloved / Kesayangan / Tersayang?



Dulu, bila kita ketawa banyak-banyak mesti orang tua cakap kita nak menangis. Bila fikir-fikir balik fakta tu macam ada benarnya. Kesian kat aku, sebab aku ni manusia yang tersangat gemar ketawa/senyum/gelak, walaupun lawak tu tak best sangat, ketawa tu mesti lebih. Yeahh, that's me! Almost lepas aku ketawa, memang aku ada menangis (setakat menitis air mata tu dikira menangis jugak kan?) Bermakna, dalam hidup aku ketawa dan air mata kira sama balance la, tak lebih dan tak kurang. I guess so :)


Semalam aku tengok Full House, yang perempuan tu nama apa entah cerita satu lawak pasal kura-kura, arnab, siput dan lintah. Aku gelak besar siottt! Lepas tu aku pulak yang cerita lawak tu kat Si dia tapi Si dia tak gelak pun. Haha! Bagi orang lain mungkin tak kelakar langsung, tapi bagi aku sangat-sangat-sangat menghiburkan. Chill lah!


Tapi... Aku menyesal sangat gelak banyak-banyak. Kalau aku tak gelak sakan petang tu mungkin aku tak menangis/sedih/sayu/pilu/hiba macam sekarang. Sigh* Tak bagi chance langsung aku nak bergumbira di dunia yang fana ini. Cewah(!) Seriously, memang cerita tu kelakar sangat bagi aku, aku tak boleh tahan langsung nak gelak... Tu pun tak boleh ke? Kenapa nak tarik balik gelak tawa aku tu.... Tsk T_T


Dunia ni ibarat roda yang sentiasa berputar, kadang-kadang kita ada kat atas, kadang-kadang ada kat bawah, kadang-kadang kena pandai elak ayam's poop! Di sebalik kita bersuka, mesti ada yang berduka. Terima aje lah dengan redha. Tapi, untuk lebih pandai mengelak ayam's poop, rujuk lah kepada orang tua, mesti dia tahu cara-cara nak elak sebab dah terror based on pengalaman lampau dia.





MoralOfTheStory : Jangan lawan cakap mak bapak demi keberkatan hidup, dan dan jangan gelak banyak sangat sebab nanti nangis pun banyak. Aku benci pada KESEDIHAN.




Align Center

Thursday, February 25, 2010

♥ Happy Birthday :)



Happy Birthday to you...

Happy birthday to you...

Happy Birthday to
♥ AKJ ♥...

Happy birthday to you...








Hari ini hari ulangtahun budak di atas ni.
Happy Birthday Abdul Khadir Jailani
I Love You So Much Sayang
i ♥ u


Wishlist :

~ Sihat tubuh badan
~ Sentiasa handsome
~ Murah rezeki
~ Panjang umur
~ Dapat kereta BMW baru
~ Tak dapat awek baru
~ Panas baran dapat dikurangkan
~ Dapat nombor satu dalam racing kereta
~ Kembali bergiat dalam bidang chess
~ Murah hati belikan Lya Caldina pink
~ Dapat anak ramai-ramai. Chill :)

Monday, February 15, 2010

♥ Rindu Kereta Hari sangat

Hari ini rasa macam nak pergi swimming. Tubuh saya panas, lesu.. Lengan saya pula stills weak, nak angkat lebih-lebih sakit tak terperi. Terseksa... Sayu... Pilu... *tiba-tiba keluar lagu Bila Cinta Didusta. ( Mengom! ).

Saya rindukan suasana semasa berada di Johor. That time saya tak terasa sunyi langsung, malah saya lebih happy dan terasa diri disayangi *lagu Ukays pula jadi mangsa ciplak. ( Gila! ) Walaupun terpaksa lebih rajin, tapi saya suka begitu ( sangat! ). Kenapa lah saya mesti kembali di sini... Bukan tak best, tetapi saya lebih tenang di sana. Tak perlu susah-susah pergi kerja macam ni. Boleh selalu berdampingan dengan Kereta Hari saya. Waaa, i miss you sangat my Kereta Hari T_T

By the way, semasa saya berada di sana, saya hanya shopping sayur-sayuran, ayam, ikan, sangat neutral sebagai seorang surirumah kan? Saya suka... Suka sangat-sangat, mengatasi masalah obses Jeans, Handbag, Hair permanent. Wah, miss the moment!
Disebabkan itu, saya sangat rindu Kereta Hari saya. Kalau lah Kereta Hari saya ada di depan mata sekarang, saya nak peluk Kereta Hari saya kemas-kemas, saya nak tampar Kereta Hari saya laju-laju sebab berani tinggal saya yang lemah ini, saya nak kucup Kereta Hari saya banyak-banyak sebanyak rindu saya terhadapnya, i miss you Kereta Hari. Love you so much!





Pesanan : Jangan guna perkataan yang bewarna merah dalam perperiksaan.

Tuesday, December 15, 2009

♥ duhai LELAKi

Duhai lelaki,
aku diciptakan dari tulang rusukmu
pelengkap bagi kekuranganmu
bukan dari alas kaki untuk kau pijak-pijak

aku dihiasi dengan pelbagai emosi
bukan sebagai lambang kelemahan atau kebodohan yang kau sangkakan
tetapi untuk menghidupkan dunia yang kaku dan tidak berperasaan

ALLAH menciptakan daku mampu melihat
perkara2 kecil dan enteng bagimu
sedangkan engkau diciptakan mampu melihat
perkara2 besar dan bermanfaat
kerana apa?
kerana kita diciptakan untuk saling melengkapi
dan saling memerlukan

engkau dikurniakan amanah
menakhodai sebuah bahtera bernama rumah tangga
bukan untuk menakluki seluruh anggotanya
tetapi untuk memimpin pelayaran menuju ke destinasi abadi

kutahu kau bukanlah suami sehebat Muhammad (saw)
namun, janganlah engkau mendambakan daku isteri seperti Khadijah
kerana kita punya banyak kekurangan dan kelemahan
maka terimalah daku seadanya dan bimbinglah daku seperlunya

kerana itu aku sentiasa berdoa kepadaNYA:

"Ya ALLAH,
jadikanlah kekurangan dan kelemahan kami pengikat kasih sayang antara kami
bukan menjarakkan lagi hubungan antara kami
dan jadikanlah kelebihan kami suatu rahmat
tanda kasih sayangMU"


p/s; bimbing la aku wahai suami...

Sunday, November 22, 2009

♥ hmmm...


ya allah... xtertahan rase sedih di hati... aku tau aku byk dosa... sebab tu tuhan balas kat aku...
aku dh xblh hidup tenang, xblh happy. xblh dh nk senyum, nk suke², nk mkn kenyang², nk tido lena² sumee xblh. setiap saat asyik pk pasal tu... ya allah, berikanlah aku kekuaatan nk hadapi sume ni... tabahkan lah hati ku ya allah...

sebab pe sume ni jadi? aku ke yang salah? ape salah aku kat die? takdir tuhan x sape boleh tolak, tapi stills boleh ikhtiar. tp untuk aku semuanya dah terlambat. its already happened. dah xblh undur balik. ni ke balasan tuhan kat aku atas segala yg aku buat? ya allah... peritnye ku rasa..

ape motif sume ni...? x cukup ke dengan segala yg aku dah lakukan? perlu ke ada masalah ni?
makin aku fikir, makin aku x faham// apa yg die perlukan? x baik ke aku terhadapnye? x cukup mesra ke layanan aku kt die? sume ni menyebakkan dada aku, menyedihkan hati aku. oh god, what should i do.... tunjukkan hidayahMu ya allah...



** depressed. why all dis happened to me.....?*crying.