hit counter

skodeng
Silakan masuk.

Yeah, inilah aku. Sedikit coretan dari lubuk hati ini.

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 14, 2010

♥ Bestfriends are love

Tiba-tiba terpanggil (cewahh terpanggil macam lah ada pengarah penerbit blog) untuk menaip tentang kawan bagus a.k.a bestfriend. Bestfriend ni ibarat kembar yang selalu ada dikala kita memerlukan. Bukan lah kalau aku nak tisu kau kena tercongok depan aku sambil hulurkan tisu siap berlutut bagai, tak ah... Cukup sekadar teman on the phone share segala suka dan duka. Ya, itu pun dah cukup. Tak perlu bersusah payah tolong beli McValue lunch setiap kali nak makan tengahari (it's okay kalau nak bagi jugak sebab tak baik kan kalau kita tolak rezeki) tak perlu yeeeee.... Suatu keikhlasan hati bukan ada pada hadiah dan ayat-ayat manis, lagipun keikhlasan tu wujud bila kita tak menunjuk-nunjuk. Ehh mentang-mentang suka McD everyday tolong belikan Mcd (eh bukan beli McD, beli dekat Mcd) then hantar dekat rumah, ohhhh so niceeeeee! Blueks.


Aku tak ramai kawan sebab memang jenis aku kot susah nak adapt dengan persekitaran baru dan manusia baru. Susah sangat-sangat. Bak kata Eyna "Kalau lawa tak sombong takpe, ni sombong nak mampus kot.." Eleh, saje lah tu nak cakap kawan dia kata dia lawa :P Sebab tu lah kawan aku hanya 2 3 orang je (yang setia je, yang tak setia takde maknanya nak mengaku kawan).


Aku sayang sangat-sangat kot semua bestfriend aku. Tapi, aku rasa dah kehilangan seorang kawan baik aku. Entah, pada zahirnya takde nampak hilang pun sebab dia ada je tu haa dalam facebook aku. Tapi dalam hati terasa jauh.... Jauhhhh..... Sampai nak jenguk dua tiga kali mata berkelip pun susah. Jauh kan?


Segala-galanya berubah bila dia dah dapat kawan baru. Yeah, kawan yang sentiasa ada dengan dia kot. Yang boleh bagi dia kesenangan dan kekenyangan. Oh it's sad, so sad. Its a sad situation. Haaa kan dah keluar lagu Elton John untuk gambarkan betapa terlukanya aku. Dia cakap aku je yang dengki walhal dia tak berubah apa-apa pun. Hotakkkk kau eh! Boleh pulak cakap macam gitu. Sampai beradik berkakak tu konon aku je ah yang perasan? Tak buta lagi kot.


Hmmm... Rasanya dah berapa kali discuss dengan dia pasal ini, tapi aku rase more terrible kot. Yelah, baru kenal setahun dah agung-agungkan dan puja-puja, lovely lah, kesayangan lah. Hell ohhhhh bukan aku sorang je yang terasa, ramai ok. Cuma orang lain tak nak kecoh-kecoh sebab dah terlampau terluka untuk diceritakan. Takpe, aku memang suka cakap je depan-depan sebab kalau aku simpan dalam hati akan terbit satu perasaan dendam.


Untuk dia yang terlibat
: We love you. Mungkin lebih kuat rasa sayang dan cinta kami berbanding dia sebab kalau tak sayang sangat aku dah sampai tahap boleh tanam kau hidup-hidup kot. Hargailah cinta dan kasih sayang kami sebelum terhakis sedikit demi sedikit.


Ok. Cukup lah kot sorang kawan aku yang berpaling tadah. Atas sebab bisikan-bisikan durjana syaitan bertopengkan monyet, maka kami kini rengang selama-lamanya. Dan aku tak nak pisang berbuah dua kali, Eyna.



Abaikan tahap kehangusan kulit aku. Its normal bila kerja sebagai despatch chocolate walaupun deliver menggunakan kerete, tapi matahari mengatasi segala-galanya. Love this moment


No comments:

Post a Comment