hit counter

skodeng
Silakan masuk.

Yeah, inilah aku. Sedikit coretan dari lubuk hati ini.

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Iktibar. Show all posts
Showing posts with label Iktibar. Show all posts

Monday, June 14, 2010

♥ Haiwan pun ade otak!

Aku cukup terharu dengan satu video dari YouTube nih. Yelah, sekarang dah ramai sangat manusia jadi binatang (padahal binatang pun lagi baik dari diorang). Kes buang bayi sekarang dah macam goreng pisang (ke pisang goreng? hihihi). Kat mana-mana pun kes buang bayi ni dah berleluasa. Benci. Aku terpikir, tak ke bodoh sangat mak bayi tu buang anak yang dikandung dalam tong sampah? Mana pergi hati budi kemanusiaan dia? Salah diri sendiri tapi anak yang tak berdosa jadi mangsa. Mungkin, mak bapak bayi tu akan cakap "Alah.. kau tak rasa apa yang aku rasa." ataupun "Kau cakap senang ah, cuba kau kat tempat aku." Isk Isk. Sendiri cari pasal sendiri mau ingat lah kawan! Bajet ah kau.


Sekarang, manusia dah tak macam manusia. Binatang pun tahu sayangkan anak, tahu jaga anak. Terbalik pulak dengan manusia yang ada otak ada keupayaan ber!@#$%^ tapi tak tahu jaga anak. Apa dia ingat anak tu anak patung ke apa?! Akaiiii adaaaa?





Aku tengok video ni beberapa kali. Serius, aku terharu. Terasa betapa kejamnya manusia yang sewenang-wenangnya buang bayi ni. Binatang pun ada hati budi, ada belas kasihan. Mana kita punya hati? Sanggup tengok bayi-bayi yang tak berdosa tu jadi mangsa? Kejamnya kita...
*sebak*


Video ni dari National Geographic, berkisah tentang seekor Cheetah yang baru je buru mangsa yang merupakan seekor monyet betina. Lepas monyet tu mati, cheetah heret monyet tu untuk dimakan. Tengah heret tiba-tiba terkeluar anak monyet yang masih bayi selepas perut monyet betina tadi ditekan-tekan oleh cheetah. Mungkin cheetah tu rasa bersalah, lalu bertindak menjaga anak monyet tu.. *sedih* MUST WATCH!

Wednesday, June 9, 2010

♥ Betapa hina diri yang menghina?

Ya Allah... Insaf nya aku.... Serius, aku rasa macam kejam sangat. Kalau bukan pasal entri budak tu maybe aku rileks je seksa hati batin seorang insan tak bersalah tu. Aku mintak maaf. Bukan dekat sorang tu je, malah semua. Aku mintak maaf pada semua. Padan dengan muka aku sekarang. Walaupun apa yang aku tanggung sekarang tidak sehebat insan tak bersalah tu, tapi dah cukup buat aku rasa pedih dosa memperlakukan dia sebegitu. Argh. Rosak jiwa aku. *sebak*
Entri Misi Berjaya dan entri Hell you Afs dah selamat ditongsampahkan. Maafkan aku wahai manusia. Maafkan aku.

Wednesday, December 23, 2009

♥ kasih sayang

Pada suatu hari di sekolah...
seorang murid bertanya pada guru. ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai KASIH SAYANG.

pelajar : cikgu, macam mane kite nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kite sayang? macam mane juga kasih sayang tu nak berkekalan?

cikgu : ok, kamu ikut ape yang saya suruh. kamu pergi ke padang. kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. bile dah petik rumput yang PALING cantik, bawa ke kelas.

apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannye.. Lalu cikgu pun bertanya " kenapa tiada rumput yang dipilih? "

pelajar : tadi masa saya berjalan, saya mencari rumput yang PALING cantik. memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang PALING CANTIK. maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yg paling cantik tanpa menoleh ke belakang lg. tp sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang PALING cantik. Mungkin ade diantara yang dibelakang saya tadi adalah rumput yang paling cantik tapi cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

cikgu : yaaa.... itulah jawapannya. maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kite sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. kita patut menghargai orang yang berada didepan kite sebaik-baiknya. jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap sudah berlaku. semoga yang berlalu tidak berulang lagi, dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang PALING cantik dan PALING baik walaupun kalau nak diikutkan banyak lagi yang cantik dan baik macam rumput tadi....

Monday, December 14, 2009

♥ kisah sedih:(

ya allah, sedihnye artikel yg aku bace tadi. sampai meneleh-neleh air mate aku.. crite tu xsedih mane kot, cume kalo aku yg mainkn watak tu sumpah sedih giler babiss. tabah giler, crite biase² jer, kasih sayang mak terhadap anak.

hmmm... mak die meninggal disebabkan barah payudara, adek badek 4 lelaki, yg bongsu baru dpt perempuan. lepas sebulan lahirkan anak bongsu tu, mak die jatuh sakit... start pada hari tu, anak² lelaki die yg jaga kebajikan mak sepanjang mak sakit tu.. tolong urut², tolong lap² badan mak die.
bertuah dapat anak camni...

semakin hari mak die makin teruk, kuman dah merebak ke paru², penglihatan mak pun dah kabur, xboleh tgk jelas², orang ramai datang melawat pun mak die xkenal,.. sedihh nyee....:(
mak dah xboleh berjalan, duduk atas kusi roda jek. doktor kate mak dah xda harapan lagi.
so, anak² die decide nk bwk mak die balik rumah.

sampai rumah, mak die teringin nak makan macam², macam dah gagah la sikit sebab sebelum ni sume yg dimakan mesti muntah balik. doktor kate penyakit ni suhu nye lebih panas dari demam biase tuu, badan pun mesti letih, perut lapar tapi xleh makan... setiap penafasan tu satu penyeksaan sebab paru2 dah diserang kuman, mmg susah nk bnafas. terseksanya....
anak² dan suami die dah xsanggup tengok die merana lagi, pelan² mintak ampun, mintak maaf sume salah silap... time tu suami die pun menangis sama, kesian baby die yg masih kecik tuu, xdapat belaian kasih sayang seorang mak. sampai situ je hayat seorang ibu...


**waaaaaa..... sedih. sedih. mintak dijauhkan, amin...

Monday, December 7, 2009

♥ pakwe n suami

KALAU SUAMI

Kalau suami mula berahsia..
Itu tandanya dia tak setia

Kalau suami meninggi suara
Itu tandanya dia dah ada mak we

Kalau suami mengaku bujang tua
Itu tandanya dia nak ngurat anak dara

Kalau suami selera tak ada
Itu tandanya dia nak pasang dua

Kalau suami lambat balik aje
Itu tandanya dia dah syok kat deparment dia
tidur di ruang tamu
Itu tandanya dia dah jemu

Kalau suami malam jumaat buat tak tahu
Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu

Kalau suami garang macam singa
Itu tandanya hati dia dah tak cinta

Kalau suami asyik komplen aje
Itu tandanya dia dah tak suka

Kalau suami mula sepak terajang ke muka
Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA..


JIKA SUAMI

Jika suami sayangkan isteri
Kerja rumah rela dikongsi

Jika suami sayangkan isteri
Kereta diberi suami naik LRT

Jika suami sayangkan isteri
Duit poket diberi setiap hari

Jika suami sayangkan isteri
SMS dikirim tanda rindu dihati

Jika suami sayangkan isteri
Kongsi masalah nasihat dikasi

Jika suami sayangkan isteri
Diberi ciuman setiap pagi

Jika suami sayangkan isteri
I love U, I miss U katanya setiap hari

Jika suami sayangkan isteri
Isteri gemuk, dikatakan seksi

Jika suami sayangkan isteri
Sakit sikit selongkar laci ubat dicari

Jika suami sayangkan isteri
Kemana sahaja dibawa pergi

Jika suami sayangkan isteri
Sentiasa jujur perihal diri

Jika suami sayangkan isteri
Status berkahwin bangga sekali

Jika suami sayangkan isteri
Cintanya suci hingga ke mati

Wednesday, December 2, 2009

♥ lu pk la sndiri!

seandainya engkau bertemu dengan seseorang yg;

~ sanggup bsusah payah atas nama KESETIAAN,
~ mendahulukan atas nama KEBIJAKKAN,
~ menyimpan keaiban mu atas nama KEJUJURAN,
~ mempercayaimu atas nama KEIKHLASAN,
~ menegur kesalahanmu atas nama KEBAIKAN,
~ memendam rasa terkilan demi menjaga PERASAAN,

maka dia bukan la seorang manusia biasa,
tetapi dia adalah salah seorang saudaramu dan TEMAN SEJATImu.






♥