hit counter

skodeng
Silakan masuk.

Yeah, inilah aku. Sedikit coretan dari lubuk hati ini.

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 6, 2010

♥ Beloved / Kesayangan / Tersayang?



Dulu, bila kita ketawa banyak-banyak mesti orang tua cakap kita nak menangis. Bila fikir-fikir balik fakta tu macam ada benarnya. Kesian kat aku, sebab aku ni manusia yang tersangat gemar ketawa/senyum/gelak, walaupun lawak tu tak best sangat, ketawa tu mesti lebih. Yeahh, that's me! Almost lepas aku ketawa, memang aku ada menangis (setakat menitis air mata tu dikira menangis jugak kan?) Bermakna, dalam hidup aku ketawa dan air mata kira sama balance la, tak lebih dan tak kurang. I guess so :)


Semalam aku tengok Full House, yang perempuan tu nama apa entah cerita satu lawak pasal kura-kura, arnab, siput dan lintah. Aku gelak besar siottt! Lepas tu aku pulak yang cerita lawak tu kat Si dia tapi Si dia tak gelak pun. Haha! Bagi orang lain mungkin tak kelakar langsung, tapi bagi aku sangat-sangat-sangat menghiburkan. Chill lah!


Tapi... Aku menyesal sangat gelak banyak-banyak. Kalau aku tak gelak sakan petang tu mungkin aku tak menangis/sedih/sayu/pilu/hiba macam sekarang. Sigh* Tak bagi chance langsung aku nak bergumbira di dunia yang fana ini. Cewah(!) Seriously, memang cerita tu kelakar sangat bagi aku, aku tak boleh tahan langsung nak gelak... Tu pun tak boleh ke? Kenapa nak tarik balik gelak tawa aku tu.... Tsk T_T


Dunia ni ibarat roda yang sentiasa berputar, kadang-kadang kita ada kat atas, kadang-kadang ada kat bawah, kadang-kadang kena pandai elak ayam's poop! Di sebalik kita bersuka, mesti ada yang berduka. Terima aje lah dengan redha. Tapi, untuk lebih pandai mengelak ayam's poop, rujuk lah kepada orang tua, mesti dia tahu cara-cara nak elak sebab dah terror based on pengalaman lampau dia.





MoralOfTheStory : Jangan lawan cakap mak bapak demi keberkatan hidup, dan dan jangan gelak banyak sangat sebab nanti nangis pun banyak. Aku benci pada KESEDIHAN.




Align Center

No comments:

Post a Comment