hit counter

skodeng
Silakan masuk.

Yeah, inilah aku. Sedikit coretan dari lubuk hati ini.

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, November 4, 2010

♥ Lelaki ucap maaf dapat menyehatkan jantung perempuan?

Sejauh mana kebenarannya ayuh kita periksa di luar (check it out).


Dulu aku selalu mengomel macam-macam pasal Facebook, bagi aku sangat-sangat buang masa. Tapi lepas aku jumpa banyaaaaaaak info-info berguna menerusi Facebook, aku macam ahhh i'm so glad to have this! Suka, senang hati, sebab dapat share something yang kita tak tahu. Macam aku, aku suka membaca. Jadi aku baca semua note sepanjang aku online dan sekarang aku nak share di sini bersama bloggers pulak. Sharing is caring... kan?



Ucapan maaf mungkin sangat susah untuk dilafazkan, lebih-lebih lagi daripada lelaki sebab lelaki ni ego dorang tinggi melangit, kalah Gunung Everest woh! Tapi lepas ni jangan berat mulut untuk minta maaf. Tak salah kan buat sesuatu untuk kebaikkan orang lain (perempuan terutamanya). Lelaki ucap maaf kepada perempuan dapat menyehatkan jantung perempuan. Betul ke? Hebat sungguh lelaki ni kan. Yang untungnya perempuan lah. Nanti lepas baca ni cepat-cepat suruh boyfriend, suami, abang, adik lelaki, uncle-uncle, pakcik-pakcik tu supaya minta maaf banyak-banyak. Jantung sihat, hidup gembira.



Membebelnya banyak, tapi pointnya tak ulas lagi. Pendahuluan pun dan dua perenggan, memang dasar jenis kuat mengomel! Ok, mula sekarang.




Menurut ahli pengkaji ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, ucapan maaf yang ditujukan kepada perempuan boleh meningkatkan kesihatannya, terutamanya jantung. Perempuan ni apabila menerima tindakan kasar atau menyakitkan daripada orang lain boleh menyebabkan peningkatan takanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Tapi... Ada tapi tau. Bila dengar lelaki minta maaf, sekaligus dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat. Hebat kan?



Sebaliknya tekanan darah lelaki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah. Hey, kajian ni dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan. Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja'. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.




Ok dah, lepas ni suruh boyfriend selalu mintak maaf, nanti kita sihat, bestnye!

No comments:

Post a Comment