hit counter

skodeng
Silakan masuk.

Yeah, inilah aku. Sedikit coretan dari lubuk hati ini.

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 21, 2010

♥ Blog = Diari ??

Ye ke? Blog sama macam diari ke?


Okay, bagi aku blog dan diari adalah dua perkara yang berbeza. Aku tengok ramai yang guna blog macam diari. Bukan nak object ke apa ke, suka hati lah kan, blog masing-masing. Tapi bagi aku, sangat tak sesuai menggunakan blog sebagai diari. Blog takde privacy, satu dunia baca diari aku?! Seganlah. Kalau aku tulis diari semuanya mesti detail. Dari aku celik mata bangun pagi sampai lah aku tidur, semua benda aku tulis dan luah dalam diari aku. Memang tu lah fungsi diari bagi aku. Everything yang aku tak share dengan manusia, tapi aku tulis dalam tu (hah, jangan niat kotor nak curik diari orang pulak). Even sikat rambut pun tulis dalam diari. Memang segala-galanya lah aku catat dalam diari ni. Habis kalau blog pun aku buat macam tu, apa agaknya jadi? Seluruh dunia tuuuu baca diari aku. Yang privacy pun semua orang tahu. Parut ada dekat perut pun satu dunia tahu, yang elok-elok tak tahu pun jadi tahu. Ibarat membuka pekung di dada.


Alah... Nak cakap yang baik-baik je, yang buruk-buruk nak sorok pulak. Hipokrit lah.


Tak! Bukan hipokrit ok. Sesetengah perkara tu memang patut kita share, tapi biar lah ada yang 'disimpan'. Tak kan lah kau menguap pun kau nak bagitahu satu dunia, pethatic nya! Macam mengarut sangat lah. Kalau share ilmu berguna tak salah, tapi kalau setakat nak cakap bangga perut berlipat berlapis-lapis toksah lah, nak baca pun segan.




Bagi aku, (aku cakap BAGI AKU, bukan bagi kau) menulis blog biarlah berpada-pada. Gedik ah lapar pun nak post dalam blog sebab nak suruh boyfriend belikan makanan.









Eiii.. Tak suka tulis over-over pasal boyfriend. Boyfriend berak ke boyfriend menguap ke, boyfriend belanja McD ke, boyfriend text ke, sikit-sikit boyfriend, sikit-sikit nak cakap boyfriend text cakap sayang, sikit-sikit nak bagitahu boyfriend pakai cap handsome sangat time dating tadi, ahh menyampah. Semua menda nak bagitahu.

No comments:

Post a Comment