hit counter

skodeng
Silakan masuk.

Yeah, inilah aku. Sedikit coretan dari lubuk hati ini.

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 20, 2010

♥ Reunion dengan katil sendiri

Setelah 4 hari berada di perantauan (oh god, dia dah mula mengarang ala-ala idola Karam Singh Walia, yang part idola tu tipu) akhirnya dapat jugak aku kembali pulang ke kampung halaman ku. Sampai-sampai rumah jer tadi terus peluk Miki Johny dan Jenny! Rindu teramat tahu?! Nasib baik dorang stills ingat muka mak dia yang hodoh sikit jer pada Angelina Jolie ni (walaupun aku tahu Angelina Jolie pun kalah dengan aku, over tau!)



Selesanya berada di rumah sendiri. Masuk bilik terus rasa nak tidur sebab rindu sangat dengan katil yang sikit hari lagi nak runtuh. Yelah, tidur macam berkung-fu mana tak runtuh katil dibuatnya (pandai mengaku buruk perangai, haha). So, kembali reunion dengan katil sendiri.



Tadi aku naik penimbang, amat-amat mengejutkan sebab berat aku dah turun 3 kilo! Fuishhh... Semangat gila aku nak pergi jogging Jumaat ni dengan Miera sebab nak turunkan lagi 5 kilo. Slim melim gitu! Agak berbaloi lah dengan corak pemakanan aku sejak beberapa minggu ini. Lagipun sepanjang berada di Shah Alam, aku agak sibuk terkejar ke sana-sini. Sampai cramp kaki aku sebab banyak sangat berlari. Tapi takpe sebab, berbaloi-baloi woh!



So sekarang, aku mahu rehat. Mata sudah mengantuk. Mahu tidur sepuas-puasnya. Ehh bukan tidur selama-lamanya! Eppppp! Tapi....... Esok masih kena bangun awal *sigh* T_T






Good night everybody. Sleep tight :)

No comments:

Post a Comment