hit counter

skodeng
Silakan masuk.

Yeah, inilah aku. Sedikit coretan dari lubuk hati ini.

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, May 29, 2010

♥ Jom cantik sama-sama! ~ PART 1

Semenjak kerja terpaksa ulang-alik tengah-tengah panas, muka, leher dan lengan aku dah mula hangus! Sunburn ni lah paling aku benci, sebab masa yang panjang diperlukan untuk kulit aku pulih seperti sedia kala. Dulu, waktu masih bersekolah aku gemar mengikuti perkhemahan yang sekolah anjurkan. Jadi, dua tiga hari duk berkawad tengah panas memang confirm jadi mangsa sunburn ni walaupun dah pakai sunblock. Ditambah pulak dengan pimples sebab kurang basuh muka time kem, tension habisss! Jadi, hari ini nak bercakap tentang tips kecantikan. Bagus untuk aku dan kamu semua untuk kekal anggun dan cantik!



Macam mana ye nak kulit cantik, wajah anggun berseri tanpa solekan tebal. Boleh ke kita jadi...



Segebu Preity Zinta?





Atau... Secantik segojes selawa (bukan kelawar) Catherine Zeta Jones?!




Alah, paling tidak pun seanggun I, muahahahha. Takde lah, semua orang boleh jadi cantik sebenarnya. Cuma, kena lah rajin-rajin belai kulit segala. Selain tu, MESTI ikut yang basic dulu, lepas tu baru boleh nak ikhtiar sapu cream pencerah ke apa ke..


Ini nenek aku sendiri yang cakap. Aku tengok muka dia wajah dia kulit dia sangat-sangat cantik padahal umur dah 70 lebih dah... Jadi, aku tanya lah, mana tahu ada amalan dia dari kecik sampai sekarang untuk dapat kulit secantik tu. First, kena rajin-rajinkan diri untuk mencuci muka at least paling kurang lima kali sehari. Bagi umat Islam, setiap kali ambil wuduk itu pun dah kira memadailah. Bila kita rajin basuh muka, kekotoran yang melekat pada muka tak sempat masuk dalam pori-pori, maka tidak terjadilah jerawat. Kalau boleh, seminggu sekali scrub lah muka dengan garam kasar atau kunyit yang ditumbuk dengan beras, untuk membersih pori-pori pada muka kita. Jangan malas!



Okay, sesetengah orang bila dah lalui hari-hari yang sangat hectic, lepas tu tumbuhlah jerawat sikit demi sedikit. Aku pun camtu lah jugak. Bila dah berpeluh sakan, rambut pun mesti kena muka kan, lagi-lagi rambut yang tutup dahi tuh (diri sendiri) mesti dielakkan ye adik-adik kakak-kakak. Bila rambut dan berpeluh berminyak dan berdebu, kekotoran tu akan berpindah kat muka kita sekaligus semaikan benih-benih jerawat. Nak muka cantik, jangan bagi rambut cecah kulit muka. Ikat atau sepitkan rambut dengan rapi.



Bagi yang suka tidur (macam aku jugak) sila basuh sarung bantal anda sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Jangan tunggu dah berpeta sarung bantal baru nak basuh. Bila lama sangat tak basuh, kuman dan bakteria enak je tumpang kat bantal kita, bila kita tidur, muka kita pun terkena bakteria. Please, kalau sanggup tukar sarung bantal hari-hari.



Sekarang AIR. Air yang aku cakap ni bukan air sirap ke air kedai mamak ke apa, air kosong ye eberibadi. Air suam lah elok, sila minum at least 8 gelas sehari.Aku pernah baca tapi tak ingat kat mana, untuk kulit cantik dan otak cergas kena minum 3 teguk air setiap 30 minit. Tak rugi pun kalau buat.



Ni petua dulu-dulu tapi masih digunakan sehingga sekarang. Penggunaan masker penting untuk penjagaan kulit muka. Tak payah lah membazir beli masker mahal-mahal, kita pakai yang homemade punya. Asli dari ladang. Madu, jangan ingat boleh makan dengan pancake je, alang-alang nak makan sapukan sekali kat muka untuk dijadikan masker. Lepas 30 minit boleh cuci dan pakai bedak seperti biasa. Bagus untuk kulit sebab madu ni tekstur halus meresap dalam kulit. Tapi mesti sistematik ya!



Sunburn ni yang paling aku benci. Aku tak banyak tahu pasal sunburn nih, tapi yang basic mesti pakai sunblock apabila nak meeting dengan matahari. Hahaha. Kalau sayangkan kulit, pakai baju yang melindungi lengan/ leher dan segala. Bila dah satu hari berjemur dengan matahari, kalau boleh masa mandi scrub lah seluruh badan. Minum air masak banyak-banyak tu wajib lah ye.



Okay, selesai sudah sesi TIPS KECANTIKAN oleh si anggun wannabe. Tapi ni baru sesi pertama ya, sila tunggu untuk sesi kedua yang lagi bernas dan berisi. Siap nama vitamin pun aku akan bagi untuk sesi kedua. So, tunggu ya?




Haa.. Lepas ni mungkinkah boleh jadi SECOMEL Juliana Evans?!

InsyaAllah. Allah wishes.






5 comments:

  1. lya..
    fyka singgah sini jap..
    tips berguna nih..

    ReplyDelete
  2. Mya : coming up next, tunggu okay?

    anyssreyna : tq ye, kita ikut kita comel :)

    fyka : iye, tq fykaa :)

    ReplyDelete
  3. Singgah Mentong :) :) Lihat caraku menikmati pizzaaass

    ReplyDelete