hit counter

skodeng
Silakan masuk.

Yeah, inilah aku. Sedikit coretan dari lubuk hati ini.

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 9, 2011

♥ Petang Khamis.

Aku suka hari ni, sebab esok tak kerja :) Tapi, hari ni macam moody sikit lah. Mood tak berapa nak happy, cuma suam-suam kuku jer, hmmm... Mungkin sebab risau pasal grandpa aku lah. Hari ni dia have to pergi GH untuk ambil result checkup dua minggu lepas, yang sedihnya grandpa aku sudah disahkan mengidap barah pangkal hidung. Melihat pada condition grandpa aku this last few days memang dia tersangat-sangat lemah. Risau sangat. Grandpa, you have to be strong, please... T__T



Tadi, waktu lunch aku pergi pick-up sendiri barang-barang coklat aku dekat poslaju. Sepatutnya barang-barang aku tu sampai semalam. Tapi, oleh sebab diorang delivered kira-kira lepas pukul lima petang baru sampai ke area office aku ni, memang sah-sah lah office aku dah tutup. So, aku call diorang pagi tadi dan cakap nk ambil sendiri. Sekarang, aku rasa semangat berkobar-kobar nak buat coklat lepas balik dari rumah grandpa aku malam ni ;)



Hmmm... Pasal kawan. Takde nak komen sangat lah sebab macam trauma je nak mengharap lebih-lebih kan. Aku really tak kisah siapa-siapa nak kawan dengan aku, even dia pernah jadi musuh aku pun aku no hal sebab aku tak mengharapkan apa-apa pun sekarang. Cuma aku rindu, rindu sangat-sangat dekat dia. Tapi, kan bagus kalau dia pun macam tu kan? Since dia pun dah ada adik angkat abang angkat kakak angkat, aku dah macam aihh buat apa nak terhegeh-hegeh kan? So, biarlah.. Sekarang hidup aku lebih tenang bersama husband aku dan family tersayang (the real brother sister, bukan yang fake or angkat-angkat). Aku doakan dia turut sama tenang dan gembira bersama 'family' dia ;')



Cuma, LUKA TU DAH SAH-SAH BOLEH SEMBUH, TAPI PARUTNYA AKAN KEKAL SELAMA-LAMANYA.






No comments:

Post a Comment