hit counter

skodeng
Silakan masuk.

Yeah, inilah aku. Sedikit coretan dari lubuk hati ini.

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 13, 2010

♥ Komen bajet.

Hahahahah! Terasa nak tergelak berguling-guling bila baca komen bajet. Untuk sesiapa yang tak tahu apa makna komen bajet, meh aku bagi contoh :


1) Ish ish ish budak-budak sekarang teruk lah.
2) Ni takde mak bapak ke yang nak ajar adab dekat diorang ni.
3) Teruknya! Budak-budak ni memang memalukan negara je.
4) Dunia akhir zaman, mak bapak hang lah puncanya.
5) Takde agama betul budak-budak sekarang.


Okay, setakat itu sahaja contohnya. Sesiapa tak faham jugak buat-buat faham jelah. Serius kelakar okay. Komen-komen di atas dipetik susulan video "Dia pilih KLCC dowh..." Sedap betul 'mengomen' perangai orang kan. Sampai dosa pahala, amalan dunia, dengan agama-agama sekali diorang libatkan. Apa pahala kau dah banyak sangat keeeeee wahai si 'pengomen'??


Aku rasa menyampah. Bukan sebab aku nak bela budak-budak yang beromen tepi jalan tu, bukan nak menegakkan benang yang basah walhal kita tahu tidak mungkin sama sekali. TETAPI alahaii sedapnya mengata budak-budak zaman sekarang ni teruk, takde agama, suka buat dosa, apekah?? First yang aku menyampah baca komen-komen bajet ni bila diorang komen macam diorang tu lah pemberi dosa dan pahala, macam diorang lah yang menentukan seseorang tu masuk neraka atau syurga, macam diorang tu lah yang teliti segala amalan manusia sekelian umat. Hellooooooo apa kau zaman muda takde buat dosa ke? Hey, tak pakai tudung dan perkara ringan seperti berpegangan tangan bukan muhrim pun berdosa jugak tau? Tak tahu ke? Kesian....


Nasihat bukan main "Ish ish budak-budak sekarang memang takde agama, teruk, suka maksiat, apa diorang ni takde mak bapak ke nak tolong ajar?" Amboi amboi amboi bukan main lagi mengata orang. Perangai kau tu bagus sangat ke? Kalau dah bagus sangat mak bapak kau tak ajar ke mengata orang tu pun satu dosa?? Haaa, kalau kau dah terasa bagus sangat, dah rasa kau tak buat dosa langsung apakata kau tolong pergi ajar budak-budak tu? Buka satu kelas kempen untuk ajar adab manusia. Takde lah budak-budak sekarang teruk kan kalau macam tu? Setakat nak komen mengata orang tak tentu hala macam kau sorang yang bagus baik tak payah lah. Buang masa!


Kalau ye pun kesal dengan apa yang terjadi, fikir dulu bila nak komen. Diri kita sendiri macam tu tak? Even tak buat seks haram, berpegangan tangan pun dosa makcik-makcik dan pakcik hoi. Tu letak gambar dalam Facebook, aurat terdedah sikit pun dah berjuta manusia tengok, dosa jugak makcik-makcik hoi... Mengata orang tu pun dosa. Jangan main sedap jer komen, anak-anak kita pun belom tentu elok adabnya. Jangan nanti mengata orang bagai nak rak, anak sendiri yang berzina tak mengaku salah sendiri. Ohh ya, emak bapak yang bersuhabahat tengok gambar anak-anak kita berpeluk sakan dengan boyfriend dan girlfriend masing-masing tu pun berdosa juga ya. Jangan mentang-mentang dosa sendiri kau tutupkan mata, pekakkan telinga jer. Tahu nak marah bila orang lain komen tentang anak kau. So...? Renung-renungkanlah.

No comments:

Post a Comment