hit counter

skodeng
Silakan masuk.

Yeah, inilah aku. Sedikit coretan dari lubuk hati ini.

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 20, 2010

♥ Manusia busuk hati (-,-)

Tak dinafikan memang semua manusia pernah melakukan kesilapan. Memang bukan semua orang sempurna segala-galanya. Tapi, bila ada manusia yang busuk hati ini dalam kehidupan aku, aku jadi tak selesa. Setiap hari terasa nak menyumpah manusia tu. Adesss, sabar aje lah.


First yang menjadikan aku declare dia sebagai manusia busuk hati bila dia cuba merosakkan imej dan nama baik belog bisnes aku dan jugak halaman facebook bisnes aku, dengan menyatakan komen-komen yang tak masuk akal. Entah dimana akal fikiran dia. Apa niat dia sebenarnya ye? Cuba nak merosakkan reputasi bisnes aku? Mungkin.


Second, bila dia curi customer aku dan try mengalihkan pandangan customer aku kepada bisnes dia. Ya, memang rezeki masing-masing, tapi dia tak ada customer sangat ke sampai curi customer orang? Kenapa mesti buka halaman aku semata-mata nak add customer aku? Kebetulan? Sangat-sangat tak mungkin. Kalau betul kebetulan tak kan sampai seramai itu mutual friends aku dan dia? Apa motif dia? Cuba nak merosakkan reputasi bisnes aku? Mungkin.


Third, mula-mula memang aku menggunakan jasa baik dia untuk beli barang-barang bisnes aku. Tapi sekarang tidak lagi. Mula-mula harga macam ok lah, tak la terlalu mahal kan. Lagipun kita kan budak baru belajar, mana reti nak compare-compare harga lagi kan. Tapi bila nak beli buat yang kedua kalinya, pertama aku terkejut harganya. Tiba-tiba harga barang-barang aku tu dinaikkan harga. Mungkin dia tak perasan aku kalau dah beli barang mesti aku tulis semua harganya supaya senang aku nak beli lagi untuk next order, so aku tanya lah dia, kenapa tiba-tiba mahal? Dia dengan banyak alasan cakap barang tu takde lah, susah nak cari la, limited stock la, ok aku bayar siap dengan postage sekali. Tapi tiba-tiba pulak dia cakap bas tu salah hantar semua barang-barang aku dekat dia. Omg! So, aku sendiri pergi pick up barang-barang aku tu even berlainan daerah. Sampai rumah, aku check dan bilang satu-satu barang aku. Lebih kecewa, barang yang dibagi tak cukup! Bila aku sms dia tanya kenapa tak cukup dia cuma diam seribu bahasa. Dah la barang tu dah banyak yang rosak, lagipun aku order warna lain, warna yang lain pulak sampai. Apa kejadahnya tuuuuuuu. Gila tak berbelit?


Fourth, bila harga barang-barang yang secara kebetulannya aku ternampak dekat kedai pro rm10 lebih murah daripada harga yang dia bagi dekat aku. Maknanya harga barang tu sebenarnya hanya RM2.50, dia jual dekat aku RM12.50. Dan ada diantaranya yang sudah dipakai dan diberi kononnya separuh harga iaitu RM6.00. Apa nak kata? Lu pikir la sendiri!


Ohh lupa. Aku kenal dia ni pun sebab dia rajin sangat tangan call dan sms BF aku. Pernah bergaduh disebabkan kegatalannya, dan akhirnya berdamai. Then, bila dia offer jadi student dia, konon disebabkan kawan dapat special fee. Last-last dapat tahu kedai pro pun buat kelas dengan yurannya bahagi tiga dengan harga yang aku dapat daripada 'kawan' ni. WTF!


Betul cakap kak long, perempuan ni bila dah jahat memang jahat sangat. Takpe, berdoa sahaja mudah-mudahan ALLAh balas semua perbuatannya. Amin.

No comments:

Post a Comment