hit counter

skodeng
Silakan masuk.

Yeah, inilah aku. Sedikit coretan dari lubuk hati ini.

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 26, 2010

♥ Jenny, saya sayang awak!



Kan dulu aku pernah cakap kan, bila kita tengah bersedih ada dua jenis makhluk yang patut kita dekati iaitu budak-budak (tak kira lah baby ke kanak-kanak ke) dan binatang peliharaan seperti kucing, arnab, kura-kura, burung, dan sebagainya (asalkan bukan buaya, ular, harimau dan seangkatannya). Macam aku, aku lebih selesa menangis depan kucing-kucing kesayangan aku daripada menangis depan budak sebab terasa macam annoying je orang tua menangis depan budak-budak. Betul tak?


Entahlah. Mood aku sekarang tak menentu. Sekejap aku sedih, sekejap aku suram, sekejap aku rasa macam nak maki orang, sekejap aku rasa rindu. Kadang-kadang aku macam sengaja cari kerja untuk hilangkan moody aku, tapi macam tak menjadi je. Worthless. Aku tahu penyebabnya dan aku tahu jawapannya, tapi aku buntu. Oh hanya Tuhan Yang Maha Esa mengetahui segala-galanya.


Jadi, sekarang 24 jam sehari kali 7 hari seminggu aku hanya luangkan masa bersama Jenny. Hanya Jenny, sebab Miki sekarang dah jarang balik rumah. So, hanya Jenny yang setia menemani aku siang dan malam. Bangun tidur dia dah ada sebelah, nak tidur pun dia ada sebelah. Sedikit sebanyak dapat kurangkan kesedihan aku dan kesunyian aku ni. Beruntung ada kucing macam ni, selalu ada untuk aku....



Jenny, saya sayang awak~!
Johny, saya tetap sayang awak dan sentiasa merindui awak ;)

1 comment: