hit counter

skodeng
Silakan masuk.

Yeah, inilah aku. Sedikit coretan dari lubuk hati ini.

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 29, 2010

♥ Kembalilah...



Ish, ni yang tak suka. Asal ada problem baru terhegeh-hegeh update blog, konon nak buat muka kesian mintak belas ehsan dalam ni tapi dah jadi muka huruf T (T_T), haha. Jadi, sila kesian sekarang, cepat!

Kalau dulu time sedih sedih begini, cepat-cepat cari Johny atau Jenny. Semua orang tahu bahawa kesedihan akan pudar bila kita spend time bersama dua makhluk Allah ini ; first budak-budak, second haiwan. So, disebabkan rasa cinta aku terhadap dua makhluk ini dapatlah memudarkan kesedihan aku ni. Tu yang first aku buat bila sedih. Yang keduanya... jeng jeng jengg (konon nak kasi saspen padahal......) cepat-cepat rebut remote control tv bila jam dah dekat pukul 6 petang atau pada pukul 12 malam, then cepat-cepat tukar channel 702. Kalau orang yang jenis melekat depan tv 24 jam mesti dia tahu aku tengok cerita apa...


taadaaaa.... my fave ever The Nanny





Aku sangaaaaaaaat gila tengok The Nanny. Even dah tengok berkali-kali pun aku tak pernah jemu. Gila minat Fran Drescher nih. Tapi.... haaa yang ni lah nak sampaikan sebenarnya, sekarang Astro dah tak siarkan The Nanny lagi. Aku sendiri pun tak tahu kenapa. Tiap-tiap hari aku try tukar channel mana lah tahu ada balik, tetapi bak kata To'Ki, HAMPA. Malah, aku berjuta-juta kali hampa, tiba-tiba siaran kegemaran aku tiada ;( Dah ler tu, channel 702 tiba-tiba bertukar jadi DIVA, yang dulunya HALLMARK. Why.....? Kenapa Astro kenapa? Tolong cakap sekarang!

Dan disebabkan itu, aku dah takde kawan. Waktu-waktu sedih aku bertukar menjadi lebih sedih. Dan disebabkan itu jugak aku dah tak sentuh tv lagi. Hanya pada pukul 6.30 sebab tertengok cerita Cinta Kirana. Tu pun hanya sekali sekala. Ohhh aku kecewa dengan mu Astro! Kembalikan The Nanny aku. Sekarang jugak!

So sekarang, hidup terasa amat bosan.Teramat-amat bosan. Lebih-lebih lagi apabila orang tercinta juga sibuk mengabdikan diri bersama Hold'em Poker di Facebook jadi tidak dapat meluangkan labih banyak masa bersama. Oh rindu itu ;(


Kembali lah. Kembali lah ;(


Oh kasih mengertilah hati ku ini yang terluka.... Nantikan ku dipintu syurga hanya airmata menjadi teman hidupku... ♥

No comments:

Post a Comment