hit counter

skodeng
Silakan masuk.

Yeah, inilah aku. Sedikit coretan dari lubuk hati ini.

Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 14, 2010

♥ Haiwan pun ade otak!

Aku cukup terharu dengan satu video dari YouTube nih. Yelah, sekarang dah ramai sangat manusia jadi binatang (padahal binatang pun lagi baik dari diorang). Kes buang bayi sekarang dah macam goreng pisang (ke pisang goreng? hihihi). Kat mana-mana pun kes buang bayi ni dah berleluasa. Benci. Aku terpikir, tak ke bodoh sangat mak bayi tu buang anak yang dikandung dalam tong sampah? Mana pergi hati budi kemanusiaan dia? Salah diri sendiri tapi anak yang tak berdosa jadi mangsa. Mungkin, mak bapak bayi tu akan cakap "Alah.. kau tak rasa apa yang aku rasa." ataupun "Kau cakap senang ah, cuba kau kat tempat aku." Isk Isk. Sendiri cari pasal sendiri mau ingat lah kawan! Bajet ah kau.


Sekarang, manusia dah tak macam manusia. Binatang pun tahu sayangkan anak, tahu jaga anak. Terbalik pulak dengan manusia yang ada otak ada keupayaan ber!@#$%^ tapi tak tahu jaga anak. Apa dia ingat anak tu anak patung ke apa?! Akaiiii adaaaa?





Aku tengok video ni beberapa kali. Serius, aku terharu. Terasa betapa kejamnya manusia yang sewenang-wenangnya buang bayi ni. Binatang pun ada hati budi, ada belas kasihan. Mana kita punya hati? Sanggup tengok bayi-bayi yang tak berdosa tu jadi mangsa? Kejamnya kita...
*sebak*


Video ni dari National Geographic, berkisah tentang seekor Cheetah yang baru je buru mangsa yang merupakan seekor monyet betina. Lepas monyet tu mati, cheetah heret monyet tu untuk dimakan. Tengah heret tiba-tiba terkeluar anak monyet yang masih bayi selepas perut monyet betina tadi ditekan-tekan oleh cheetah. Mungkin cheetah tu rasa bersalah, lalu bertindak menjaga anak monyet tu.. *sedih* MUST WATCH!

No comments:

Post a Comment