hit counter

skodeng
Silakan masuk.

Yeah, inilah aku. Sedikit coretan dari lubuk hati ini.

Daisypath Anniversary tickers

Monday, February 22, 2010

♥ Yes, itu lah Hukum Karma


Hukum Karma, sesiapa tahu apa definisi Hukum Karma?

Hukum Karma adalah kepercayaan dimana yang baik dibalas baik dan yang jahat dibalas jahat. Mengikut pepatah orang putih "what goes around comes around", bermakna jika kita berbuat baik, kita juga akan dibalas baik, begitu lah sebaliknya. Jika kita berbuat jahat, kita akan dapat lah balasan jahat tu balik. Gosh, berbelit kan? Hahah :D

Entah lah, malas lah nak mengata orang, tetapi kalau orang tu sendiri tak sedar diri apa salahnya kita kiaskan. *Sadis kau Lya T_T. Rasanya last entry saya pun dah bercakap pasal ni, mungkin ada lagi kot orang tak faham.

Kalau kita dah buat salah dengan orang lain, sepatutnya kita minta maaf lah kan. Tetapi dalam kes saya ini, dia buat salah (tapi maybe dia fikir dia sorang aje yang betul ataupun maybe juga dia fikir apa yang dia buat semuanya betul dan baik-baik belaka) tapi dia juga yang suruh orang lain minta maaf dengannya. Apakah? Tak faham betul. Bagi saya apa yang diperkatakan tu sebenarnya bayang-bayang dia sendiri. Eh, ada juga pepatah untuk orang sebegitu "you just talk/scare about your own shadow".

Mungkin saya berdendam, tapi saya tak membalas dendam-dendam saya. Saya cuma serahkan pada takdir, dan kerana takdir juga dia mendapat balasan sebegitu. Kan dah cakap "what goes around comes around", dia buat salah tu dia terpaksa lah hadapi hukum karma. So, kenapa mesti salahkan saya? Pelik dan hairan. *buat muka don't know.

Saya okay. Membesar dengan sehat dan ceria.

No comments:

Post a Comment