hit counter

skodeng
Silakan masuk.

Yeah, inilah aku. Sedikit coretan dari lubuk hati ini.

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 16, 2010

♥ So, this is world...

Sekarang baru saya mengenali dunia. Dan baru sekarang juga saya mengenal perit jerih dalam kehidupan. Bagi saya, semua ini sangat-sangat mencabar. Pheuwww! Ditambah pula dengan gelagat manusia-manusia yang menghuni bumi bimasakti ni, dihiasi pula dengan tumbuh-tumbuhan hijau dan diceriakan lagi dengan kehadiran haiwan-haiwan disekeliling kita. Well, saya tak kisah kalau haiwan buat perangai haiwan, tapi kalau manusia yang berperangai binatang, macam mana?

Yes, saya admit selama zaman persekolahan saya, saya tak banyak berjumpa dengan manusia yang berperangai jelek. Yela sebab saya boleh dikategorikan sebagai anak gadis emak. Saya berkepit je dengan emak saya 24 jam. Barang keperluan peribadi saya pun emak saya la yang tanggung masa tu. So, saya belum mengenal dunia dengan lebih meluas. Tetapi, setelah saya selamat menghabiskan kertas terakhir Sijil Pelajaran Malaysia, saya diberi kesempatan untuk mendewasakan diri. Saya lebih kerap berada di luar berbanding di rumah, saya cuma balik untuk tidur. Ya, emak saya pun merindui saya walhal kami tinggal dibawah satu bumbung yang sama. Apabila saya start bekerja dengan emak saya, semua keperluan peribadi saya seperti baju, jeans, handbag, mekap, semua lah ditanggung bersih oleh saya sendiri *bangga. Di situ saya mengenal erti penat lelah bekerja untuk mendapat wang dan saya lebih menghargai setiap nilai wang tersebut.

Apabila selalu sangat menghabiskan masa di luar rumah, saya juga dapat mengenali pelbagai jenis manusia. Ada manusia yang kedekut, ada manusia yang PENIPU (penipu disini bukan bermaksud hanya menipu malah lebih teruk daripada syaiton, a big LIAR), dan banyak lagi la perangai-perangai manusia ni. Kalau nak dinyatakan di sini sampai esok pun tak habis. Persoalannya, mengapa manusia sekejam ini? Ini ke dunia?

Bosan! Bosan dengan dunia yang penuh kekejaman.

No comments:

Post a Comment