hit counter

skodeng
Silakan masuk.

Yeah, inilah aku. Sedikit coretan dari lubuk hati ini.

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, February 13, 2010

♥ Saya manusia, awak?

Entry ini bukan berkonsepkan amarah, cuma maybe tertanya-tanya. Apa hak-hak seorang individu yang bernama manusia? Apa definisi seorang manusia? Manusia ni hidup untuk apa? Yang ini lah membuatkan saya tertanya-tanya, confused betul lah. Kenapa perlu ada manusia yang menindas manusia? Err.. Yang ni terasa bahang kemarahan sikit. Grrr...

Manusia memang rambut sahaja sama hitam, tapi hati lain-lain. Ehh tapi sekarang dah tak boleh guna pepatah tu sebab rambut masing-masing semua dah highlight kan :P Okay, kembali kepada topik asal, bagi saya setiap manusia ada kategori masing-masing. Ada yang baik hati, cantik, pandai, genius, bodoh, jahat dan macam-macam lagi lah. Tapi, sebagai manusia apakah hak kita untuk menilai kebaikkan seseorang? Kejahatan seseorang? Apa sempurna sangat kah kita sampai boleh menilai manusia lain? Okay, jawab sekarang.

Saya memang tak suka langsung manusia yang jenis suka menilai keburukan orang lain. Kenapa mesti menilai orang lain kalau diri sendiri pun belum tentu tidak ada keburukan, sigh. Contoh menilai disini ialah; "Eii tengok betina tu, bajet hot lah tu pakai short pants, tak sedar ke dia tu gemok pendek? Buruknya..." See.. siapa-siapa yang pernah buat begini sila bermuhasabbah diri sikit. Kita ni lawa sangat ke sampai boleh mengutuk orang? Kalau betul lawa pun belum tentu kecantikkan tu kekal. Mana lah tahu tengah jalan-jalan tiba-tiba terjatuh dalam longkang and habis berparut muka, macam mana? Kalau tak nak orang mengata kita, kita jangan mengata orang. Betul ke? *Tak juga, mana lah tahu yang mengata tu jenis tak reti bahasa. Tiada kesedaran sivik betul.

Macam mana lah manusia boleh berkelaluan sebegini. Sungguh mudah dan senang betul menjatuhkan hukum terhadap seseorang. Contoh lagi; " Weii, kau ni bohsia la, mana patut dibuat awek." Ewah ewah, banyak cantik kau punya bontot. Macam lah dia tu terlalu sempurna sampai boleh hukum manusia sebegitu. Jerk betul. Okay, kalau ada manusia sebegini kita patut ignore sahaja. Makin dilayan makin besar kepala. Nanti dia ada anak bini tahu lah dia macam mana rasa anak and bini sendiri dihina. Lebih-lebih lagi isteri sendiri yang bohsia. Opps! Sorry.

Takpe lah. Saya tak nak pun jadi macam tu. Walau sejahat mana pun kita, kembali lah ke pangkal jalan. Allah SWT sentiasa mengampuni dosa hamba-hambaNya. Amin :)

No comments:

Post a Comment