hit counter

skodeng
Silakan masuk.

Yeah, inilah aku. Sedikit coretan dari lubuk hati ini.

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 9, 2010

♥ Nak tambah lagi?

Sakit hati betul bila berdepan dengan manusia yang tak reti menghargai sesama makhluk. Orang selalu bila bercakap macam dia lah yang paling hebat. Tapi, betul ke dia hebat? Atau hanya omong-omong kosong yang tidak boleh digunapakai? Ada segelintir manusia lebih suka menilai kekurangan orang lain berbanding kekurangan sendiri. Sempurna ke dia? (-,-)

Kenapa mesti sibuk nak ingat kesalahan/keburukan/kekurangan oranga lain? Kenapa masa yang digunakan untuk menyebarkan fitnah tidak saja digunakan untuk bermuhasabbah diri? Well, itu lah namanya MANUSIA. Lebih suka mencaci dari memuji, meracuni dari mengubati, menindas dari menyokong, me'reka dari membetulkan, menghina dari membimbing dan memperkecil dari memperbesar.

Wujud ke manusia sempurna atas muka bumi bimasakti ini? (Kalau wujud, buktikan kepada saya bahawa dia itu sempurna.) Kenapa mesti menilai kesalahan lampau orang lain? Patutkah kita sesama manusia menilai dosa pahala? Layak kah kita? Apa kata kita membaiki dari menghukum. Bukankah lagi bagus berusaha membaiki diri kita sendiri dari sibuk menjaga dosa pahala orang lain? Jadikan kesalahan orang disekeliling kita sebagai garis panduan untuk kita ke jalan yang benar. Untung kan?

Kesimpulannya, ukur baju di badan sendiri. Jangan jaga tepi kain orang kalau kain sendiri pun terlondeh. Bye!

No comments:

Post a Comment