hit counter

skodeng
Silakan masuk.

Yeah, inilah aku. Sedikit coretan dari lubuk hati ini.

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 21, 2010

♥ ehem²

woii. ehh, assalamualaikum.. (ciss cisss kepada aku yg berlagak baik*)

sekarang aku dah rarely posting kan? sampai berhabukk blog aku tinggal:D entahlah, peratus ketiadaan mood untuk mencoret itu amat yang teramat sedikit. sorry you ols. mesti korang cakap "ehh blog ni xde entryyy baru" "eee boring lah tengok blog ni." " nih blog ke hapee tak da new entry pun? " haha. maaf again, aku tahu aku bukan blogger yang tegar untuk menaip doplopat jam. sorry yer blogger.

apa pendapat korang dengan cerita curang? tak kira la suami isteri ke, pasangan bercinta ke, but apa makna curang? okay, jom discuss.


Apakah maksud pasangan anda curang?

Mengapa mereka yang sedang berada didalam sebuah hubungan cinta yang bahagia, berlaku curang terhadap pasangannya?


Bagaimana mereka sanggup berlaku curang sedangkan mereka tahu bahawa pasangannya adalah yang terbaik?


Kepada anda yang sedang membaca artikel ini, mungkin anda beranggapan mereka ini adalah golongan yang bodoh dan tidak bermoral. Hakikatnya mereka lebih dasyat daripada itu!

Curang adalah simptom dan bukannya penyebab mengapa...

Hubungan hari ini berlandaskan "Hakmilik" dan "menguasai pasangan". Maksudnya anda merasakan anda memiliki pasangan anda dan mengawal semua pergerakan pasangan anda. Hmmm, patut lah semakin ramai yang rela menghabiskan masa untuk mengintai pasangan mereka. Kesian di situ.

Mari berfikir sejenak... Bayangkan kita semua hidup dalam dunia yang tiada batasan kasih sayang, cinta dan s**s.

Maksudnya, adalah LOGIK untuk anda boleh berkongsi kasih dan melakukan hubungan s**s dengan orang yang TIDAK anda cintai, dan anda BOLEH mencintai orang yang anda tidak berkongsi kasih dan melakukan hubungan s**s. Adakah anda setuju? nonsense!

Jika anda setuju, apakah maksud curang?

Curang adalah menghancurkan sebuah KEPERCAYAAN. Sedangkan kepercayaan itu sendiri adalah "HAYAT" kepada sebuah hubungan yang bahagia. Jika anda fokus kepada perhubungan cinta yang berlandaskan kejujuran dan kebahagiaan sepenuh masa, adalah tidak mustahil untuk pasangan anda curang. Mempercayai dan berkongsi segala kebenaran kepada pasangan anda sedangkan mereka tidak., adalah perkara yang yang paling sedih dan menyakitkan hati!

Penyelesaiannya, untuk mengatasi masalah curang adalah, cuba untuk berbincang "Talk Openly" dan berlaku jujur antara satu sama lain tanpa perasaan marah, benci, dan mengadili. Tiada istilah "ikut suke aku lah nak rahsia apa-apa pun daripada kau, aku kan lelaki, tapi aku nak kau jujur dengan aku." This is MELAMPAU.

Cuba cari kelemahan x-factor yang anda dan pasangan masing-masing perlukan. Jika boleh cuba terangkan segala-galanya kepada pasangan anda termasuk penerangan pasangan anda sendiri, walaupun sehingga ke tahap terpaksa mengetahui pasangan anda tertarik kepada insan lain seperti " sebenarnya abang dah lama kawan ngan dia sebab dia pandai memikat abang."
lima puluh peratus markah kesian di situ. Jika segala kebenaran dapat dibongkar, masalah curang mampu diatasi dengan mudah dan penuh toleransi.


Renung-renungkan dan selamat beramal!

No comments:

Post a Comment