hit counter

skodeng
Silakan masuk.

Yeah, inilah aku. Sedikit coretan dari lubuk hati ini.

Daisypath Anniversary tickers

Friday, July 6, 2012

Sayang = Love

Dah pukul 3 pagi pun masih nak membebel lagi aku ni. Almaklumlah, waktu ni je aku mampu update blog, dan segala hal extra, waktu Sofea gunung intan payung meletuppp aku tu sedang enak tidur. Kalau siang hampeh la nak tunggu dia tidur lama-lama, paling lama pun 1 jam setengah, paling dasyat 15 minit je! HAHA


Ok lah, sebenarnya nak luahkan rasa yang terbuku dihati kecil aku. Seriously, aku hairan lah macam mana sesetengah manusia mengekspresikan sayang. Seingat aku, dalam hidup aku jumlah orang yang aku sayang sangat-sangat sedikit. Kalau untuk barang-barang tu banyak la, kucing segala lagii, HAHA.Ok, cuba nak try listkan orang yang aku sayang.

1) Ayah
2) Ibu
3) Abang-abang
4) Suami
5) Sofea
6) Kaum kerabat keluarga ku yang lain
7) Beberapa orang CLOSE friend

Dah.... Tu je. Entahlah, nak kata aku ni buta hati pun entahlah. Nak ungkap sayang lebih-lebih pun memang tak ah. Setakat ni, orang yang pernah aku cakap aku sayang; suami aku, ibu aku, dua atau tiga orang bestfriend aku. Tu baru cakap personally, belom lagi dikhalayak ramai seperti dalam facebook, MEMANG TAK AH KANNNNNNNNNNNN. Sebab tu aku wonder lah kan, tengok dalam facebook semua bersayang-sayang, beryunk-yunk, cakap i love u so much, tanpamu aku tak boleh hidup segala, bertuah memiliki boyfriend/girlfriend/bestfrien macam kamu, geeshhhhhhhhhhhhhhhhhh kadang-kadang meluat jugak, tapi apakan daya, sukahati diorang lah kan, kesah pulak aku. Aku jer kot yang rasa meluat, mungkin bagi orang lain itulah sayang.



Pelik lah kan. Aku yang bersuami yang sah ni pun sekali sekala jer cakap i love you, malu lah kan. Yelah, hari ini memang dia milik kita, esok lusa siapa tahu. Cuba bayang harini duk post gambar berdua punya romantik pastu letak caption "cinta sampai mati" tiba-tiba esok clash/cerai pastu update status "single is better" pastu lusa pulak jumpa somebody else peganti la kan, upload gambar segala dan ulangi langkah "cinta sampai mati" or " i cant live without you" or "kamu adalah NYAWA ku" so, wheres the meaning of sayang actually?



Hairan. serius, hairan. Bagaiman sayang begitu mudah datang dan pergi? Kemudian datang balik?



Nasihat - BAK KATA USTAZ AZHAR IDRUS - "Couple ke atau bertunang ke lebih elok dirahsiakan daripada diwar-warkan untuk mengelakkan malu dikemudian hari. Kecuali kalau bernikah, memang wajib dihebahkan supaya dapat mengelakkan fitnah. :)"


**tetiba merasa diri ini tidak sporting dan tidak romantik langsung, WELL THIS IS ME :)

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Hanya Cinta kepada Allah yang akan kekal buat selama-lamanya.. Cinta kepada manusia sentiasa ada pasang surutnya.. Itu memang lumrah kehidupan seorang manusia...

    Salam Perkenalan. Jemput tuan rumah utk memeriahkan 2 segmen di blog Coretan Anuar.. Hadiah wang tunai RM500 utk dimenangi.. Tq .. ;)

    ReplyDelete