hit counter

skodeng
Silakan masuk.

Yeah, inilah aku. Sedikit coretan dari lubuk hati ini.

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 23, 2011

♥ Serba sedikit tips kesihatan daripada Dr. Lya Jailani

Tak grad dekat Russia pun boleh jadi doktor apeee, teeheee :P




Okeh. Siapa sangka si blogger LyaJailani tiba-tiba rajin nak update belog dan bagi tips kesihatan dekat blogger-blogger lain setelah lebih kurang dua minggu menyepi. Wow! Dua minggu okeh! Oleh kerana aku sekarang tengah demam campur-campur dengan selsema sampur-campur dengan batuk campur-campur dengan headache, so tadi aku pun google lah tips kesihatan untuk dikongsi bersama blogger lain. Baik tak i....? Teeheee :P







First of all, bersenam atau beriadah. Anyway, memang ramai yang tak sanggup buat ni. Even aku sendiri pun boleh kira dengan jari berapa kali je aku bersenam sepanjang dua puluh tahun hidup. Gila pemalas kan? Tapi..tapi sekarang i have to! Demi kesihatan dan secara tak langsung dapat control perut boncitt. Tak caya, sila try. Bersenam at least 30 minutes di pagi hari, 30 minutes waktu petang. Alah, jalan-jalan window shopping pun kira beriadah apa ;P




Control corak pemakanan. Ini aku tak cakap dekat siapa-siapa pun, aku cakap pasal aku sendiri. Makan tak ingat dunia. Sesuka hati dan sesedap mulut, main balunn je semua. Lepas ni kena diet, makan sikit-sikit bajet ayu. Hahahhaa. Terpaksa, terpaksa. Sayur dan buah paling penting, tapi bagi sesiapa yang tak suka sayur dan buah, terpaksa lah ambil vitamin dekat-dekat farmasi. Kalau macam aku, mak kerah suruh telan Transfer Factor dan Plus. Sangat bagus ;)




Minum Teh O panas sewaktu breakfast boleh mengawal berat badan kita. Tak caya sila buat dan amalkan. InsyaAllah terbukti keberkesanannya.




Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak berkumpul meeting tergempar. Bila lemak dah tak lagi ber'meeting atau berkumpul, pasti kita tak demokk (gemuk). Bila kita tak demokk (gemuk) penyakit pun dapat dielakkan :)




Minum air sejuk sebelum mengambil apa-apa makanan selepas bangun pagi. Rasulullah pun mengamalkan minum air sejuk ni, dan hasilnya penyakit susah nak datang. Tak susah pun kan.




Waktu sembahyang subuh, disunatkan kita bertafakur )iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas baca doa). Sekaligus dapat mengelak dari sakit pening dan migrain. Hal ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam satu hari tu we have to sujud. Dalam kepala kita terdapat beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah yang tidah dipenuhi darah (punca migrain dan pening), so bila kita bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.




Tak boleh makan makanan darat bercampur makanan laut. Dalam kitab pun ada menegahnya. Nabi pun melarang kita makan ikan bersama susu, dikhuatiri mudah dapat penyakit. Sains juga membuktikannya, dimana dalam daging ayam mengandungi ion positif (+) makanala ikan mengandungi ion negative (-), maka apabila dicampur bersama terjadilah tindakbalas biokimia yang boleh merosakkan usu kita. Lepas ni tak boleh makan tomyam campur lagi ye!




Macam mana guys...? Boleh ke amalkan tips-tips kesihatan yang aku bagi ni. Okeh, kalau rasa malas sangat nak baca karangan di atas ni meh aku bagi pulak summarynya. Haha kau bodoh ke hape Lya, kan bagus dari tadi kau bagi je summary! Takpe, aku kan rajin... *teeheeee*



AMALAN DIET SIHAT SEJAHTERA.



1) Elakkan garam. Tukar dengan rempah ratus atau herba.
2) Jangan makan daging proses. Hotdog, nugget, burger etc.
3) Jangan makan sayur dalam tin.
4) Elakkan makanan bergoreng.
5) Hadkan kafein. Kopi, rokok etc.
6) Jauhi bahan pengawet, pewarna, perasa.
7) Awas lemak tersembunyi. Santan dalam kari, nasi lemak, roti canai etc.


No comments:

Post a Comment