hit counter

skodeng
Silakan masuk.

Yeah, inilah aku. Sedikit coretan dari lubuk hati ini.

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, December 19, 2010

♥ Perempuan dan pakaian.

Aiseyh, apa kaitan perempuan dan pakaian?



Bukan! Bukan! Bukan nak gebang pasal perempuan pakai tudung tapi pakai legging ketat-ketat hingga nampak panties, bukan tau! Tu lain cerita dan lain entri. sekarang nak kepoh pasal lelaki yang selalu anggap ni pakaian diorang. Ehh, macam mana tu ek?



*blur* tengah fikir macam mana lelaki jadikan perempuan sebagai pakaian diorang? Macam fairytale yang ada magic wand sekali pufffff dapat tukar perempuan jadi kemeja diorang? Macam tu ke? *blur*


Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. Sekarang ni, kes LELAKI CURANG dah jadi common case. Biasaaaaaaaa sangat, macam tak hairan pun kalau cakap isu pasal lelaki curang. Dah jemu dah bosan dengan tajuk tu sebab dah selalu sangat terjadi. Jadi, kita tukar siketttt tajuk jadi PEREMPUAN DAN PAKAIAN. Different sentence with the same meaning.




Selalu kaum perempuan ni suka jer salahkan kaum lelaki kalau depa ni curang. The same thing goes to them, sama jugak kalau lelaki, mesti nak salahkan perempuan curang. Sebelum kita lihat dan teliti salah pasangan kita (atau salah sesiapa jela) cuba kita tengok diri kita. Dah perfect sangat ke? Terlalu sempurna sehingga tiada cacat cela langsung ke? Then, baru lah teliti perangai dia pulak. Macam mana?



Kenapa curang?
(entri untuk perempuan)


Kebanyakkannya, takde orang nak mengaku salah sendiri. Ok, this time no need to confess. Cuma muhasabah dengan diri sendiri je. Supaya tak terlalu cepat menghukum dan dihukum. Terseksa jiwa, merana lah diri. Cewahhhhh (-,-')



1) Penampilan. Takyah cakap banyak pun semua orang dah tahu bahawa penampilan penting sangat-sangat dalam sebuah perhubungan. Penampilan merangkumi dari hujung rambut sampai hujung kaki. Bagi yang bertudung, mentang-mentang bertudung jangan lah pulak abaikan penjagaan rambut. Yang lain-lain macam, wajah, kulit, kuku, tangan, kaki, dan bau mulut tu basic ye, mesti jaga!

2) Pakaian. Sebenarnya sama jugak dengan perenggan di atas. Lelaki suka kalau kita dress up cantik-cantik. So, jangan lah mentang-mentang boyfriend cakap tak kesah kau keluar date dengan track bottom dan t'shirt jer, muka pulak berminyak, t'shirt pulak kedut-kedut, selipar jepun je yang kau sarung, aiseyhh... Jangan! At least, pakai lah perfume siket untuk keharuman tubuh badan.

3) Percakapan. Lelaki mana nak perempuan yang kuat mencarut dan cakap merapu sepanjang masa? Kalau boleh ( I said kalau boleh ) kawal percakapan, jangan cepat melatah. Cuba fikir, kalau kita cakap lemah lembut je takkan dia nak tengking kita? Kalau dia tengking jugak tu bermakna memang kena bagi lah jugak sebijik tu. HAHA.

4) Anak mata. Bukan suruh kau pakai contact lens colour purple ke hape (warna hijau tu agak sadis, nanti jangan salahkan emak cakap emak salah beli warna la yada yada) cuma hati-hati dengan anak mata. Ni taaaaak, pantang ada jejaka tampan lalu sebelah sampai nak terjuling mata kau tengok. Kalau boleh, walau Robbert Pattinson sekalipun yang lalu, jangan pandang. Hanya fokus dekat boyfriend. Ah bertambah sayang!

5) Makan. Perempuan buat cara perempuan. Makan biar beradab, sopan dan lemah-lembut. Walau dia belanja sekalipun tak payah lah nak melantak macam tak makan setahun. Agak-agak ok. Bagi yang first date aku cadangkan jangan order udang atau ketam. Choose the simple one agar lebih mudah anda makan ;)

6) Telefon Bimbit. Ada sesetengah perempuan keluar date pun sebok duk ber'SMS dengan orang lain. Tak kesahlah kawan ke, kekasih gelap ke (haha, are you reading this sayang?) main facebook ke, kalau boleh takyah la nak mem'busykan diri waktu dating. Boyfriend tengok pun menyampah macam "Eh kau ni nak dating atau nak facebook? SMS? bla bla bla".

7) Bau badan. Tak boleh nak salahkan sesiapa. Cuba cari conclusion penyelesaiannya. Guna perfume dan serum mandian etc.

8) Merokok. Yang ni rasanya takyah cakap pun semua orang tahu. Lelaki benci perempuan merokok (I think so lah). Hellooooo, mertua pun takkan pilih menantu perokok(perempuan). Dah terang lagi bersuluh adab tatasusila. Dah la merokok, gigi pulak jadi kuning terus rosak penampilan. Mulut pulak hapak bau asap. Reject! Reject!

9) Miang/gatal. Ni spesis gedik lah ye. Kalau boleh jaga la perlakuan. Takkan depan mertua (walaupun mertua tu sporting) pun kau nak bergesel-gesel dengan boyfriend kau. Aihhh, berbuluuuu mata tengok. Kang tak pasal-pasal bakal mertua menyampah, tu belom boyfriend sendiri lagi yang menyampah.

10) Kepoh/mulut tempayan. Ni paling-paling aku tak suka. Semua mende nak post dekat Facebook, tahu la kan main Facebook tapi takkan gaduh dengan boyfriend habis jaja cerita satu dunia. Keburukkan boyfriend sendiri pun duk jaja dalam Facebook, then semua orang nak comment, then lepas tu berbaik semula dengan boyfriend, siapa malu....? Lu pikir lah sendiri.


Rasanya cukup lah kot sebab-sebab penyebab lelaki curang. Tapi bukan semua lelaki curang bersebab. Ada jugak jenis yang lelaki memang tak pernah nak cukup dengan awek sorang. Spesis yang taip awek jadi AWEKS. Plural ok, so mungkin ramai atau banyak. *ok itu pendapat sendiri*. Kepada jantan-jantan kabaret seperti ini : Hell-ohhhh kau ingat perempuan ni pakaian kau ke? Waktu kau suka kau pakai sampai lusuh, bila dah bosan kau campak jer ke lantai? Apa kau ingat kau handsome sangat ke?! (tahu-tahu je tak handsome. haha) Ok. bye.





No comments:

Post a Comment