hit counter

skodeng
Silakan masuk.

Yeah, inilah aku. Sedikit coretan dari lubuk hati ini.

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 14, 2010

♥ Bahasa belog.

Aku terfikir, sama ke gaya percakapan dalam alam realiti dengan alam maya? Maksud aku, dalam belog ni contohnya, sama ke dengan gaya percakapan aku sehari-hari? Aku sendiri konpiuss gila bila baca entri last-last. Macam eh aku ke ni? Mulia jek aku rasa bila baca belog aku. HAHA. Mungkin, orang yang kenal aku di alam realiti tak sangka aku cakap macam zaman kesultanan melayu melaka dalam belog aku. HAHA kelakar ok.



Contoh, aku orang Terengganu. Mungkin korang dah sedia maklum bagaimana orang Terengganu bercakap. Tapi takde lah sampai makan jadi makangggggg, dalam jadi dalanggg, gila pekat tuh dicampur dengan tokok tambah orang-orang yang tidak berpengalaman. Serius, aku tak suka okay orang luar buat-buat cakap Terengganu, serius geli kepala otak aku dengar sampai tahap rasa nak terajang-terajang perut orang tu. Hah, cuba korang fikir macam mana aku bercakap bila duduk lepak sesama orang Terengganu, maksud aku dalam persekitaran Terengganu, of coz la kan aku cakap loghat Terengganu. Tapi dalam belog aku tak amalkan loghat Terengganu sebab aku fikir mungkin pembaca belog aku berada di serata dunia (mungkin), so what if kalau aku cakap Terengganu? Sure muntah hijau dorang sebab tak faham.



Itu satu perbezaan. Ayat aku mungkin berbeza jika aku bercakap dengan orang yang berbeza-beza TETAPI maknanya memang sama. Semua nukilan aku dalam belog ni sememangnya dari lubuk hati aku, takde maknanya aku nak mereka-reka cerita. Got it?



Ejaan yang aku guna semua formal. Aku tak kan tulis singkatan-singkatan yang aku sendiri rasa sukar nak faham. Contoh, ayat aku nak makan ayam goreng nanti tiba-tiba jadi ak na mam aym grg 6t aku rasa macam bodoh sangat eja macam tu, very pethatic. Oleh sebab aku tak suka baca ejaan-ejaan menyakitkan kepala otak tu so kalau aku blogwalking sekalipun terjumpa blogger yang menulis menggunakan singkatan sebegitu serta merta aku close je belog dia. Aku tak judge siapa-siapa cuma aku tak akan baca lah belog tu. Kalau dia suka dengan gaya penulisan dia suka hati lah, tak ada siapa marah. Itu sahaja.



Jawapan aku, niat=maksud-makna memang sama dengan hati aku, tapi mungkin gaya penulisan dan ayat tu lain.

No comments:

Post a Comment