hit counter

skodeng
Silakan masuk.

Yeah, inilah aku. Sedikit coretan dari lubuk hati ini.

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 22, 2009

♥ menjaga perasaan

Hadis : Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jika kamu bertiga maka janganlah dua daripada kamu bercakap-cakap meninggalkan yang ketiga kerana perbuatan begini akan mendukacitakannya.” (al-Bukhari dan Muslim)

Huraian ;

1. Apabila terdapat 3 orang dalam satu majlis, maka tidak seharusnya dua daripada mereka berbual dan meninggalkan yang ketiga. Perbuatan ini boleh menyebabkan org yang ketiga berdukacita, gelisah, serta menimbulkan syak wasangka kerana dirinya tidak dipedulikan.

2. Setiap manusia mestilah memahami disiplin-disiplin dalam pergaulan dan interaksi supaya tidak berlaku perkelahian dan pergaduhan.

3. Komunikasi yg berkesan adalah komunikasi yg menepati apa yg dimaksudkan, bukan sesuatu yg samar-samar sehingga timbul pelbagai fitnah dan cerita bohong yg diadakan supaya menimbulkan perpecahan.

4. Seorang muslim itu wajib menjauhi sebarang percakapan yg mengandungi unsur-unsur umpat keji, kata mengata, dan sebagainya, dan tidak menyibukkan diri dalam percakapan yg tidak berfaedah.



Hati yg terluka umpama besi bengkok
walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.


Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari

No comments:

Post a Comment