hit counter

skodeng
Silakan masuk.

Yeah, inilah aku. Sedikit coretan dari lubuk hati ini.

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, August 15, 2009

keistimewaan wanita

assalamualaikum...
di sini aku sertakan beberapa keistimewaan wanita disisi ALLAH. yelaa, asyik² citer pasal hiburan aje kan, ape kate luangkan beberapa minit untuk pengetahuan. yang elok dijadikan teladan dan yang tak elok dijadikan sempadan.

  1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat drpd lelaki. ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut, jawab baginda; " ibu lebih penyayang drpd bapa dan doa org yang penyayang tidak akan sia-sia. "
  2. Wanita yang solehah ( baik ) itu lebih baik drpd 1000 orang lelaki soleh.
  3. Barang sesiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan ALLAH S.W.T dan orang yang menangis kerana takutkan ALLAH S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  4. Barang sesiapa yang membawa hadiah ( barang dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. hendaklah dahulukan anak perempuan drpd anak lelaki. maka barang sesiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
  5. " Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku ( Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.
  6. Barang sesiapa yang mempunyai 3 anak perempuan atau 3 saudara perempuan atau 2 anak perempuan atau 2 saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa dan tanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
  7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
  8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
  9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
  10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
  12. Aisyah r.a berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,... "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W...."Ibunya."
  13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
  14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
  15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T
  17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

got conclusion? p/s; bagi kaum wanita bersyukurlah kerana dilahirkan sebagai seorang muslimah. tQ ALLAH. alhamdulillah..

No comments:

Post a Comment