I love my family so much. So much much more. Aku boleh buat apa saja demi kebahagiaan dan kesenangan keluarga aku. Tapi, tak semua orang sama macam aku. Segelintir manusia dalam dunia ni lebih memilih untuk bersama sahabat/teman daripada keluarga. Seriously aku tak faham gila macam mana lah diorang lebih mementingkan sahabat daripada family sendiri. Ya, kita tak tahu sebab kita punya hidup masing-masing yang berbeza sama sekali. Mungkin family dia havoc and dia dapat teman yang good listener, kot? Entah lah...
Sesetengah orang lebih dengar cakap kawan daripada cakap keluarga sendiri. Contoh emak cakap "Ehh, fesyen ape lah yang kau pakai ni, serabai jek mak nengokkk." Tapi disebabkan kawan-kawan cakap begini "Fuyooo style gile eh ko, bangga aku jadi kawan kau." Terus follow pendapat kawan-kawan daripada emak sendiri. Ramai yang macam ni kan?
Aku, paling tak suka kalau dalam keluarga aku lebih suka luangkan masa bersama kawan-kawan daripada keluarga sendiri. Contoh bila ayah tanya anak lelaki "Petang ni ayah ingat nak ajak kamu pergi mancing, boleh?" Anak jawab "Tengok lah kalau saya free." Tapi bila kawan text ajak pergi mancing lajuuuuuuuuuuuuuuuu je nak pergi. Why ehh? Sanggup tinggal ayah kandung demi kawan-kawan. Tak suke nye aku manusia cengginiiii...
Mengertilah wahai manusia, tanpa keluarga tak mungkin ada kita. Happykan dulu ahli keluarga kita sebelum nak happykan kawan-kawan yang dah ada keluarga dia sendiri. Tolong family kita dulu, sebelum nak murah hati nak tolong kawan-kawan. Keluarga kan lebih perlukan kita?
No comments:
Post a Comment