hit counter

skodeng
Silakan masuk.

Yeah, inilah aku. Sedikit coretan dari lubuk hati ini.

Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 4, 2012

Housewife. Desperat Housewife? no. housewife.



Semalam ada lah kawan aku pm (private message) dekat facebook aku, perbualannya agak lambat disebabkan line internet yang kurang memuaskan.

Kawan : Hai lya, buat ape tu?
Aku : Hai, baru sudah tidurkan Pia (anak aku), sekarang nak facebook pulak :)
Kawan : Untung laa kahwin awal, takyah susah2 study. Jaga anak senang je, kalau study gila busy.
Aku : Helloooo???


Wakakkakakakkakaka. Senang kau cakap jaga anak? Huahuahuaaaa. Cakap tu memang senang, ce try buat nak tengok, mau termuntah hijau kau aku rasa. Study pun kau dah cakap busy, jadi surirumah berlipatkaliganda busy. Ingat aku tak sambung belajar macam kene kahwin paksa ke? Takk, aku kahwin sebab kami mampu :)


Actually surirumah lah kerja paling memenatkan dalam dunia, cewahhhh ayat tak boleh blah, dalam dunia woh.. HAHA. Tak, bagi aku, jadi surirumah memang sangat mencabar. Yang takde anak memang la mudah sikit kot, tapi yang ada anak aku rasa dunia aku havoc tiap-tiap hari. Bukti? Blog aku bersarang macam tokang pecah, facebook aku pun kalau online just 2 3 minit. Nak jumpa kawan-kawan pun rasanya tak terdaya, lebih rela manfaatkan masa untuk rehat. Ni baru aku yang ada SEORANG anak, cuba bayangkan yang tiga empat anak? Pitam.


Dulu sewaktu masih dalam  pantang, tiap-tiap malam Sofea berjaga setiap satu jam, repeat SETIAP SATU JAM. Dan yang terpaksa berjaga sama adalah aku, selaku mummy Sofea. Dodoi and susukan sampai dia tidur balik dan bangun balik selepas satu jam. Dengan luka berjahit yang agak banyak, aku rasa ini satu kemenangan buat aku. Ini satu daripada jutaan cabaran.


Dua. Time orang lain tengah sedang berfacebook, berjalan-jalan, tengok wayang, makan-makan, tidur siang, aku berjaga, jaga anak. Nak pergi mana-mana aku bawak Sofea, nak makan pun aku riba Sofea and terpaksa makan laju-laju. Kau sanggup?


Tiga. Bila anak tidur, aku cepat-cepat masak, kemas rumah, basuh baju, lipat baju, uruskan suami. Suami nak gi kerja, kena sediakan sarapan, gosok baju and seluar dia. Tapi, Sofea tak banyak tidur, jadi aku terpaksa buat semuanya dengan pantas dan selaju yang boleh. Mau tersembam aku cenggini. Tapi, takde apa nak cakap, memang ni tugas aku sebagai surirumah, isteri dan seorang ibu.


Banyak lagi mende kalau nak tulis kat sini minggu depan pun belom tentu habis, dan sekarang Sofea pun dah bangun dan aku pun kena offline.


Moral of the story, jangan memperlekehkan surirumah dan sayangi ibu anda :))

No comments:

Post a Comment